Gambar sekadar hiasan
Demi kandungan video di media sosial dan dengan hanya niat berlakon, seorang wanita terbunuh akibat tergelincir sehingga menyebabkan dirinya tergantung dan terjerut lalu meninggal dunia serta merta.
Artikel Berkaitan: Tak Tahan Dengan Tekanan Di Media Sosial, Model Ambil Nyawa Sendiri
Artikel Berkaitan: Lelaki Dikerat Enam & Disumbat Dalam Bagasi
Tergelincir lalu mati tergantung
Gambar sekadar hiasan
Kejadian yang belaku di Bogor, Indonesia, itu menyaksikan, seorang wanita berusia 21 tahun sedang membuat panggilan video bersama rakannya dan dia menyampaikan niat untuk membuat lakonan bunuh diri sebelum memuat naik ke media sosial.
Sejurus itu, wanita yang bekerja sebagai pelayan kafeteria tersebut menunjukkan aksi menggantungkan diri kepada rakannya. Difahamkan ketika itulah mangsa tergelincir dari kerusi yang dipijaknya lalu lehernya terjerut dan tergantung pada kain yang diikiat pada bahagian pengudaraan di pintu.
Rakannya yang masih dalam panggilan video ketika itu sangat terkejut namun bertindak pantas dengan terus bergegas ke rumah mangsa untuk menyelamatkannya. Namun sudah terlambat mangsa telah menemui ajal.
Menurut Ketua Polis Leuwiliang, Agus Supriyanto, menjelaskan bahawa rakan wanita itu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan bedah siasat telah dilakukan di Hospital Leuwilian serta tiada unsur jenayah berlaku.
Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa meninggal dunia akibat jerutan pada lehernya.
Polis menganggap kematian wanita tersebut sebagai satu kemalangan dan jenazah mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga.
Sumber: BorgorNetwork