Demi konten dan meraih perhatian, usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe mendakwa ada pihak yang cuba menjatuhkan perniagannya.
Artikel Berkaitan: Abang Tesla Mahu Saman Kieda Crepe, Berang Dituduh Tak Jaga Kak Maj Selepas Keguguran
Artikel Berkaitan: Kieda Akur Pempengaruh Jason Bagi Rating 4.2 Untuk ‘Crepe’ – ‘Betul, Inti Durian Dimasak Dengan Custard’
Pihak busuk hati?
Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, 26, mendakwa, pihak tersebut merupakan peniaga dan usahawan yang sama-sama mencari rezeki sepertinya.
Demi #fyp sanggup rosakkan perniagaan orang kita sendiri sedangkan kebanyakkan semua orang berniaga juga.
Kieda berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Kieda berkata, dia kekal dengan pendirian dan caranya berniaga biarpun ada cakap-cakap nakal yang dilontarkan segelintir pihak.
Cakap la apa pun, saya tetap dengan cara saya. Naiklah tanpa memburukkan orang demi tunjuk baik kita.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan kata-kata semangat buat usahawan itu dan memintanya untuk menghiraukan komen negatif.
Sumber: TikTok