berita

Demi Ingin Tanggung Kos Pembelajaran, Gadis Manis Ini Sanggup Kerja Jadi ‘Akak Cleaner’

May 26th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-05-26 at 12.31.18 AM

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Sekarang ni kalau nak sambung belajar mesti mak ayah yang tanggung tak pun mohon biasiswa demi segulung ijazah. Tapi tidak bagi gadis yang bernama Duma Mariana Simajuntak ni. Berwajah cantik dan manis, tapi tidak segan untuk bekerja sebagai ‘akak cleaner’ di stesen keretapi di Medan.

Bila ditanya kenapa memilih kerja tersebut, dia menjawab ‘buat apa nak malu kerja sebagai cleaner?’ Wahh, betul la apa dia cakap tu. Dari pilih kerja yang tak elok tapi gaji lumayan buat apa. Tak berkat nanti duit tu bila guna. Kan?

Screen Shot 2016-05-26 at 12.31.27 AM

Kebanyakan remaja yang berusia lingkungan 19 tahun biasanya melepak di rumah, lepak keluar dengan member atau pun pergi bercuti. Tapi Duma bekerja keras untuk menampung kos pembiayaan kuliah dengan bekerja sebagai petugas kebersihan. Selalunya jadual bekerja akan bermula dari 7pagi hingga 3petang.

Menurut supervisor kepada Duma, dia mengatakan bahawa Duma merupakan seorang pekerja yang gigih. Bukan itu sahaja, jika ada kelapangan Duma akan meluangkan masa untuk buat ulangkaji pelajaran di ruang menunggu kereta api.

Screen Shot 2016-05-26 at 12.31.41 AM

Duma merupakan anak sulung dari 4 adik beradik dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di International Business Management Indonesia (IBMI) dari 2014 hingga lah sekarang. Menurut gadis ini, hasil gaji dari pekerjaan sebagai petugas kebersihan akan digunakan untuk membayar kos pembelajarannya.

Punyai cita-cita tinggi

Screen Shot 2016-05-26 at 12.32.11 AM

Walaupun bekerja sebagai petugas kebersihan, Duma mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pemimpin dalam perniagaan kerana dia ingin manfaatkan apa yang dia sedang belajar di kolejnya. Duma sedikit pun tidak ragu-ragu dengan pekerjaan yang dilakukannya sekarang kerana dia percaya bahawa dia tidak akan bekerja sebagai petugas kebersihan untuk selama-lamanya.

Dia akan menggunakan pengalaman serta susah payah sebagai pemacu untuk menjadi insan yang lebih tabah untuk masa yang akan datang. Kecekalan Duma telah mendapat pujian dari orang ramai. Semoga Duma terus berjaya dan impiannya satu hari nanti tercapai!

Dapat pujian orang ramai

Screen Shot 2016-05-26 at 12.54.37 AM

Screen Shot 2016-05-26 at 12.54.44 AM

Screen Shot 2016-05-26 at 12.54.51 AM

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×