berita

Demi ‘Kalam’ Shiha Zikir Sanggup Keluar Modal RM300k, Niat Untuk Terbangkan 200 Drone Tak Kesampaian

February 6th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menjelang Anugerah Juara Lagu Yang Ke-38, penyanyi Shiha Zikir memberitahu kepada pihak OhBulan! bahawa hasratnya untuk menerbangkan 200 drone di Axiata Arena, Bukit Jalil nanti tidak kesampaian selepas mengambil kira faktor keselamatan para penonton.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Selesa, Itu Rumah Keluarga’ – Marsha Milan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Rasa Dia Sakit, Tak Boleh Terima Perkahwinan Kami’ – Ernie Zakri

Terpaksa akur demi faktor keselamatan

Menurut Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, dia ingin membuat kelainan untuk AJL tahun ini. Namun begitu, dia terpaksa akur dengan keputusan pihak produksi apabila ideanya itu ditolak atas faktor keselamatan.

Saya rancang nak bawa 200 drone. Drone itu nanti akan datang ke penonton dan mengeluarkan pelbagai jenis bentuk dihadapan mereka. Tapi tempat tidak sesuai kerana ia memerlukan kawasan yang luas selain bimbang kalau salah satu drone terjatuh dan terkena penonton.

Shiha yang ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad turut memberitahu mengenai kos persembahan berkenaan.

Ujar Shiha, semuanya dianggarkan bernilai RM300,000 namun tidak termasuk kos penari dan pakaian. Malah, dia sudah mencari pihak yang mampu menerbangkan drone berkenaan dari luar negara.

Kalau jadi dalam RM300,00 untuk drone sahaja, tak termasuk baju dan penari. Saya dah cari orang yang akan buat, dah pujuk tapi memikirkan keselamatan saya akur dengan keputusan produksi.

Selain membawa drone, beberapa ideanya yang lain turut ditolak oleh pihak produksi.

Saya kalau boleh nak buat persembahan yang penonton akan dapat rasa sekali vibe dia. Saya tak nak penonton hanya lihat saya dari atas pentas saja. Saya nak mereka rasa.

Saya agak kecewa sebenarnya tapi saya akur dan reda kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku semasa persembahan.

Tambah Shiha, dia tidak akan mengalah sebaliknya sedang mencari sesuatu yang mungkin boleh memukau juri pada malam AJL38 nanti.

Saya cuba tukar rancangan lain yang skop dia mungkin lebih kecil harapnya penonton akan boleh rasa.

SKIP THIS AD ×