Pelakon Nas-T memberitahu dia terpaksa menjaga pemakanan secara konsisten dan mengamalkan diet yang betul bagi menjayakan watak Keluang Man.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dulu Berlakon Macam Tahi Juga’ – Rosyam Nor Minta Beri Peluang Kepada Pendatang Baru
Jaga badan untuk filem
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Nas T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, berkata, sudah 10 bulan dia melakukan perkara tersebut demi mendapatkan berat badan yang ideal dan sesuai mengikut saiz ukuran sut.
Saya ‘prep’ dan jaga badan untuk filem ini sudah masuk 10 bulan. Sebab utama sudah pasti mengenai ‘costum measurement’, jadi saya kena ikut ukuran dan kekalkan berat badan ini sampai promosi filem ini selesai.
Saya tak ambil karbohidrat. Saya hanya ambil protein saja dan ia akan berterusan sampai filem ini selesai ditayangkan tahun depan. Inilah pengorbanan saya.
Disoal sama ada sukar ataupun tidak untuk menjaga pemakanan, suami kepada Atita Haris ini menjawab ya, pada awalnya.
Pada awalnya agak sukar nak ‘adjust’ tapi bila lama-lama saya sudah terbiasa tidak makan nasi. Jadi sekarang okay saja, sekarang tengok nasi pun tak ada rasa nak makan, rasa pelik sebab sudah 10 bulan tak makan.
Nas T yang ditemui di Majlis Pelancaran Sut Rasmi Keluang Man di Incircle Event Space, semalam, turut mengakui dia telah menolak beberapa tawaran lakonan demi filem arahan Anwari Ashraf Hashim ini.
Untuk Keluang Man ini jadual saya padat, jadi saya tiada selit yang lain dan saya terpaksa tolak tawaran lain. Tapi saya tolak secara baik. Saya hanya fokus pada Keluang Man. Ini adalah projek lama yang saya pernah buat.
Bagi saya ini adalah periuk nasi saya dan karier saya jadi saya ‘push’ diri saya untuk beri yang terbaik.
Kalau bagi yang terbaik itu memerlukan saya jaga makan, saya akan buat. Lagipun saya sudah biasa jadi bukan penyeksaan pun bagi saya untuk buat semua ini.
Diusik mengenai soal bayaran, Nas-T memberitahu bayaran yang diterima untuk menjayakan watak Keluang Man ini sangat berbaloi dan setimpal dengan pengorbanannya.
Tapi saya buat bukan sebab duit, saya buat sebab jenama Keluang Man sebab dari awal lagi memang saya nak projek ini. Bukan diberi tapi saya sendiri datang ‘audition’. Ini kiranya mimpi saya jadi kenyataan apabila dapat menjayakan watak ‘superhero’ ini.