berita

Demi Mendapatkan Bantuan Kewangan, Ibu Sanggup Racun Dua Anak Hingga Seorang Maut

September 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Star

Seorang wanita bergelar ibu akhirnya dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah meracuni dua anaknya sehingga menyebabkan salah seorangnya maut.

Ibu racun dua anak

Foto: Daily Star

Tertuduh yang dikenali sebagai Nattiwan Rakkunjet berasal dari Thailand dipercayai telah meracun dua anaknya semata-mata mahu meraih simpati ramai dengan mengutip derma melalui media sosial untuk kos rawatan perubatan mereka. Menurut sumber, salah seorang mangsa (lelaki) merupakan anak kandung Nattiwan manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan merupakan anak angkatnya.

Namun siapa sangka, perbuatan kejam Nattiwan akhirnya terbongkar selepas dia membawa anak lelakinya ke hospital akibat sakit perut dan muntah darah. Nattiwan kemudian mendakwa penyakit yang dialami mangsa adalah disebabkan alahan terhadap makanan laut. Namun selepas pemeriksaan, doktor mendapati mangsa mengalami jangkitan perut yang teruk dan bukan reaksi alahan seperti yang didakwa tertuduh.

Dijatuhi hukuman mati

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, anak angkat Nattiwan dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2019 akibat pendarahan dalaman. Mangsa dikatakan mengalami simptom yang sama dengan anak kandung Nattiwan. Pada awalnya, doktor tidak mengesyaki malah tidak mempersoalkan kematian anak angkat Nattiwan sehinggalah wanita itu membawa anak kandungnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh sebenarnya telah meletakkan bahan peluntur ke dalam makanan anak kandungnya selama dua tahun iaitu sejak tahun 2017 dan penyakit yang dialaminya itu adalah kesan daripada racun tersebut.

Susulan daripada itu, tertuduh telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Menurut pakar perubatan di Hospital Universiti Thammasat, Bangkok, mendapati dua kanak-kanak itu mengalami pendarahan dalam saluran pencernaan, muntah darah dan radang perut. Tertuduh akhirnya didapati bersalah dan akan dijatuhi hukuman mati.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×