berita

‘Demi Menghormati Keluarga’ – Zamani Sah Nikah Dengan Pembantu Peribadi Secara Tertutup

September 21st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani pernah memaklumkan akan bertunang dengan Juliana di satu majlis Ceria Aidilfitiri bersama Zamani. Dia turut dilihat tampil menyanyi berduet bersama Juliana di sebuah hotel di Kota Bharu.

Terbaru, Zamani Ibrahim selamat bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, dia meminta maaf tidak menghebahkan majlis itu memandangkan ianya permintaan keluarga.

Selamat bernikah secara tertutup

Syukur Alhamdulillah.

Dengan Izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah Majlis Pernikahan saya & isteri, Nur Juliana hari ini 20 September 2019. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kpd semua pihak yg menolong menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak.

Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan Majlis Pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga. InsyaAllah Majlis Resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami. Kbai (Zamani bin Ibrahim)

Nikah dengan pembantu peribadi

Zamani pernah membuat pengakuan sudah berpunya ketika menyertai rancangan gegar vaganza. Walaupun identiti wanita itu dirahsiakan, namun ramai yang dapat meneka siapa suri hati penyanyi legenda negara ini. Nur Juliana Abdul Rani yang berusia 36 tahun merupakan pembantu peribadi Zamani sejak dahulu.

Malah mereka sering dilihat keluar bersama atas urusan kerja. Namun siapa sangka dari situ mulanya timbul bibit-bibit cinta mereka.

Semoga berbahagia kekal ke Jannah

Sementara itu, Johan Aziz bekas pengurus Zamani selama 26 tahun turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Saya doakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke jannah. Lama mereka berkawan dan inilah keputusan terbaik. Selamat menempuh kehidupan baharu.

Menerusi Berita Harian, Zamani pernah memberitahu dia merancang menunaikan umrah bersama Juliana pada November depan.

Ramai tumpang gembira

Sumber : Zime Production

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×