Setiap wanita mengimpikan untuk kelihatan cantik, dan presentable malahan sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi kelihatan cantik di khalayak ramai.
Di Beijing, China, seorang gadis sanggup melakukan lebih 60 kali pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah seakan baby doll.
60 kali buat pembedahan plastik
Foto: The China Post
Gadis yang dikenali sebagai Little Z Nana merupakan seorang influencer media sosial yang mempunyai lebih 300,000 pengikut di akaun Weibo. Menurut The China Post Nana sudah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya sejak dia berusia 13 tahun.
Nana yang kini berusia 15 tahun, mengakui sudah menghabiskan kira-kira 1 juta Yuan (RM 607,734) bagi menampung segala kos yang diperlukan untuk membuat pembedahan tersebut.
Nana turut berkongsi mengenai kisah pembedahan plastik menerusi akaun media sosialnya. Menerusi perkongsian tersebut, Nana sudah menjalani enam prosedur pembedahan plastik di bahagian kelopak mata, lima kali pada sudut mata luar, tiga kali sedut lemak dan pembedahan pengurangan tulang di seluruh wajah.
Selain itu, Nana turut pernah melakukan pembedahan sedut lemak di paha, wajah dan tiga lagi prosedur di bahagian mulut.
Tidak bersekolah seperti biasa
Gambar sekadar hiasan
Nana turut mengakui tidak pergi ke sekolah dalam tempoh yang lama seperti remaja yang lain kerana masalah kesihatan akibat kesan pembedahan plastik.
Dia juga turut mengisi masa lapang dengan menghadiri uji bakat pencarian dan sering upload video nyanyian dan tariannya menerusi akaun media sosial.
Jelas Nana, dia lakukan pembedahan ini bukan semata-mata untuk cantik malahan ia sebagai terapi diri dan mampu meningkatkan keyakinan dirinya.
Sumber: The China Post