Demi duit, seorang ibu sanggup bertindak kejam membunuh dua anaknya yang masih kecil. Dipercayai organ milik anaknya akan dijual bagi memperoleh pulangan yang ‘lumayan’. Kejadian kejam ini berlaku di Los Angeles.
Berhadapan 2 tuduhan
Foto: Mirror UK
Menerusi laporan Mirror UK, suspek yang dikenali sebagai Amanda Sharp-Jefferson telah ditangkap pada Jumaat lepas dan berhadapan dengan dua tuduhan membunuh anaknya sendiri. Mangsa yang dikenali Lily, dua bulan, dan Rose, setahun, ditemui mati di buaian rumah mereka.
Kejadian tersebut disedari oleh suami suspek, Jaykwon Singleton, yang ketika itu baru sahaja pulang dari kerja. Terkejut melihat kedua-dua anaknya tidak lagi bernyawa, dia terus membuat panggilan kecemasan kepada pihak polis. Namun, pihak polis ketika itu mendengar pergaduhan Amanda dan suaminya.
Apa yang kamu lakukan? (tanya Amanda), Apa? (Jaykwon)
Pihak polis ketika itu tidak dapat mengenal pasti apa yang telah terjadi, dan bergegas ke rumah mereka bagi mendapatkan kepastian.
Ditemui mati
Foto: Mirror UK
Hasil laporan pihak polis, kedua-dua mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian, namun punca kematian masih dalam siasatan. Tidak berakhir di situ, Amanda sempat membuat ‘kira-kira’ bagi setiap nilai organ anaknya dan menceritakan kepada pihak polis dia telah menonton sebuah filem yang berkisahkan seseorang itu, mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual organ.
Amanda turut menjelaskan bahawa anaknya mati secara tiba-tiba ketika dia baru sahaja bangun dari tidur. Namun, ketika itu dia tidak sempat untuk membuat laporan polis dan bertindak untuk mandi terlebih dahulu. Pihak polis mempercayai Amanda berada dalam pengaruh dadah kerana pihaknya berjaya menjumpai dadah di kediaman mereka.
Sumber: Mirror UK