berita

Demi Nak ‘Fly’ Bersama 2 Orang Anak, Seorang Bapa Nekad Tinggalkan Kerja Lama Walaupun Dah 40 Tahun Berkhidmat

July 15th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berkhidmat dengan ahli keluarga sendiri dalam satu tempat kerja yang sama merupakan perkara yang best. Mana tidaknya, korang dapat mencapai impian bersama insan yang paling korang sayang. Pelbagai detik suka duka korang, boleh dikongsi bersama. Betul tak?

Seperti perkongsian Safia Anisa di Twitter, wanita tersebut kongsi kisah di mana dia pernah mengelolakan pesawat bersama bapanya sendiri! Lebih menyeronokkan, bapanya itu turut berpeluang bersama dua orang puterinya di awan biru.

Sanggup tinggalkan syarikatnya

 

Menurut Safia, bapanya itu sanggup meninggalkan syarikat tempatnya bekerja walaupun sudah 40 tahun berkhidmat di situ. Tambahnya, bapanya itu rela menjadi juruterbang ‘junior’ semata-mata untuk bersama dua orang anak perempuannya.

Berkhidmat bersama sebelum bersara

Dia turut menjelaskan bahawa bapanya itu memulakan kerjaya sebagai seorang juruterbang sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila turut serta dalam kadet untuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Selepas 40 tahun berkhidmat di situ, bapanya mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat kerja dan bersama dengan anak-anak sebelum bersara.

Your dad is truly the example

Perkongsian Safia ternyata mencuri tumpuan netizen apabila mendapat 47k retweet dan rata-rata netizen berasa kagum dengan kehidupan anak beranak ini. Netizen turut tumpang gembira dan mendoakan agar segala urusan mereka sebagai juruterbang dipermudahkan.

Sumber: Safia Anisa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×