berita

Demi Ubat Anak, Ini Kisah Sebenar Nenek Jual Buah Yang Bikin Netizen Sebak

April 7th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memang benar hidup ini bagaikan roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah. Kalau kita rasa tengah susah, ingatlah ada yang lagi susah di luar sana. Betul kan?

Menerusi Facebook Hakim Azaki, dia berkongsi kisah sebenar mengenai seorang warga emas yang menjual buah-buahan di Marang, Terengganu.

Ternampak gerai mak cik ni

Hakim drive kereta dari Kuala Terengganu ke Dungun pada pagi sabtu (23.3.2019) ada majlis kahwin sepupu isteri. Dalam perjalanan ke Dungun, ternampak gerai Mak Cik ni menjual buah-buahan di depan PERKAYA, Marang (Dekat dengan Penjara Marang). Lepas tu, Hakim pun cakap dengan isteri, ‘ Abang kesian tengok Mak Cik jual buah dengan gerai biasa di tepi jalan. Nanti hala balik rumah, abang nak singgah beli buah’. Isteri kata ‘ Okay abang ‘.

Banyak buah dekat gerai mak cik ni

Pada waktu petang perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dari Dungun, lalu jer depan gerai mak cik ni terlajak pula, lepas tu Hakim u-turn dekat depan sana dan singgah juga di gerai buah mak cik ni. Hakim pun singgah dan beli banyak buah dekat mak cik ni.

Cari rezeki nak beli ubat

Dipendekkan cerita, mak cik ni duduk rumah pondok kayu di dalam kampung bersama anaknya yang sedang sakit. Mak Cik ni berupaya mencari rezeki nak beli ubat untuk anaknya yang sakit di rumah. Sedih sangat bila dengar mak cik ni cerita.

Mak Cik ni bagiitahu juga yang ada orang roboh gerai buah dia sebelum ni, itu yang jual juga buah nak cari rezeki. Mak Cik ni cerita dalam keadaan menangis. Ya Allah, sedih sgt dan rasa hina pula diri kita ni. Mak Cik ni tunggu pelanggan datang membeli buahnya dari pagi sampai ke petang. Mak Cik ni berniaga tanpa ada tempat berteduh daripada panas matahari dan hujan. Hanya pokok sahaja yang ada sebagai tempat berteduh untuk berniaga.

Buah yang dijual memang manis

Kepada rakyat Terengganu mahupun rakyat luar Terengganu yang lalu di jalan dari arah Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu bolehla singgah membeli buah di gerai Mak Cik ni tepi jalan di PERKAYA, Marang bersebelahan Penjara Marang. Pakat-pakatla bantu Mak Cik ni beli buah kalau tak mampu nak bagi duit banyak. Buah yang dijual Mak Cik ni pun manis-manis.

Sumber: Hakim Azaki

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×