berita

Denda RM10,000 Atau Penjara 2 Tahun Jika Merokok Di Kedai Makan Mulai 1 Januari 2020

November 14th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pada awal tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan larangan merokok di semua premis makanan termasuk di tempat awam, bangunan kerajaan dan warung. Namun, masih terdapat segelintir perokok yang ingar akan larangan tersebut.

Terbaru, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pihak berkuasa giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan. Denda RM10ribu juga turut dikenakan sekiranya ada perokok yang melanggar peraturan tersebut.

23,805 aduan telah pun diterima

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak berkuasa sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan. Bermula 1 Januari 2020, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan dikenakan kepada perokok yang ingar akan peraturan ini.

Sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan. Dari jumlah tersebut, sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan. Sejumlah 23,805 aduan pula telah diterima semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019.

RM 10ribu atau 2 tahun penjara

Bermula 1 Januari tahun hadapan, sekiranya mana-mana individu mahu merokok di premis makanan, perlulah dilakukan di luar jarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis tersebut. Kegagalan mematuhi larangan ini akan menyebabkan perokok didakwa di mahkamah dan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun.

Sementara itu, Dr Dzulkefly turut mengulas mengenai isu vape dalam kalangan pelajar sekolah. Dia juga berharap penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar juga dapat dibendung.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×