berita

Pekerja Kedai Makan Kena Tampar Tegur Pelanggan Merokok

January 3rd, 2019 | by Amat Larbsib
Isu & Kontroversi

Arahan larangan merokok di semua premis makanan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Ternyata, ramai rakyat Malaysia kurang berpuas hati dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.

Menurut laporan BH Online, seorang pekerja di sebuah restoran di Seksyen 25 telah ditampar apabila bertindak menegur tiga pelanggan yang merokok dalam premis itu.

Tamparan terlalu kuat

Pekerja restoran berusia 25 tahun itu telah menerima tamparan di sebelah pipi kiri apabila dia menegur tiga pelanggan yang sedang merokok dalam premis berkenaan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan tamparan tidak terlalu kuat.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata tiga individu berusia 30an itu segera membuat bayaran selepas menampar mangsa. Insiden itu turut disaksikan dua lagi pekerja restoran dan lima pelanggan lain.

Mangsa yang terlihat kejadian itu kemudian menegur mereka secara baik namun seorang daripada mereka bertindak menampar pekerja restoran itu. Ketiga-tiga pelanggan itu terus beredar dari restoran selepas membuat bayaran.

Diminta untuk memberi keterangan

Gambar sekadar hiasan

Namun begitu, laporan polis telah dibuat oleh pemilik restoran dan tidak mahu mengenakan sebarang denda dari pihak berkuasa.

Menurut seorang pekerja restoran itu, ketiga-tiga suspek jarang dilihat datang ke restoran berkenaan. Sehubungan itu, pihak kami meminta ketiga-tiga suspek untuk tampil secara sukarela bagi memberi keterangan di balai polis berdekatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online