Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan larangan merokok akan mula berkuatkuasa bermula 1 Januari 2019 termasuklah di warung-warung makanan di tepi jalan, restoran dan premis makanan awam. Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad , hal ini bertujuan mewujudkan tempat makan awam yang selamat dan tidak berisiko kepada perokok pasif.
Artikel Berkaitan : Larangan Merokok Di Premis Makanan Muktamad – Menteri Kesihatan
Terbaru, Menteri Kesihatan turut mengeluarkan arahan baru dimana rokok elektronik (vape) dan shisha juga tidak dibenarkan.
Peraturan itu jelas jika mempunyai nikotin akan tertakluk (pada larangan tersebut), dengan kata lain apabila kita buat penguatkuasaan kita akan lihat sama ada vape atau shisha itu mempunyai kandungan nikotin atau tidak.
Jika kita dapati tiada nikotin ia tidak termasuk dalam larangan itu nanti.
Menerusi Harian Metro, rokok elektronik (vape) dan shisha turut termasuk dalam peraturan larangan merokok tahun hadapan kerana mengandungi nikotin. Ini kerana mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, semua hasil tembakau yang mempunyai nikotin yang membabitkan rokok, shisha dan vape turut tidak dibenarkan.
Akan didenda RM10k
Kita ada keupayaan, aktiviti penguatkuasaan ini akan dijalankan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran dengan kekuatan 208 anggota dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran seramai 4,800 anggota di seluruh negara.
Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, dia yakin mempunyai anggota yang cukup bagi melaksanakan larangan tersebut selepas ditanya kemampuannya untuk menjayakan kuatkuasa ini.
Bermula 1 Januari 2019, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Dengan penguatkuasaan peraturan itu, perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun.
Sumber : Harian Metro