Bayi berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan berbogel di dalam sebuah kebun pisang yang terletak tidak jauh dari rumah yang didiami mangsa bersama keluarga di Indonesia.
Bayi 4 bulan ditemui dalam kebun pisang
Memetik laporan Bandung Kompas, mangsa bukan sahaja ditemui tidak berpakaian malah terdapat kesan luka pada kemaluan bayi malang itu. Difahamkan, mangsa telah menjadi mangsa kekerasan seksual seorang lelaki, pada Khamis lalu.
Rupa-rupanya suspek nekad melakukan kekerasan seksual gara-gara kecewa kerana cintanya ditolak oleh ibu bayi berkenaan.
Mangsa hanya disedari tiada di tempat tidur semasa neneknya hendak melakukan solat Subuh.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui telah menculik mangsa dari rumahnya kira-kira jam 3 pagi sebelum membawa bayi itu ke kebun pisang. Selepas itu, suspek mula melakukan kekerasan seksual dan meninggalkan mangsa di kebun terbabit.
Berdasarkan keterangan, suspek pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk dan mengakui mempunyai perasaan pada ibu mangsa.
Susulan daripada perbuatan kejam itu, suspek berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Bandung Kompas