Kisah mengenai pembunuhan tragis yang dilakukan oleh Robert Maudsley pernah menggemparkan dunia satu ketika dahulu. Robert merupakan pembunuh bersiri yang bukan sahaja bertindak membunuh mangsa-mangsanya, dan terdapat kes di mana dia pernah makan otak mangsanya.
Dia dikenali sebagai Hannibal The Cannibal bersempena dengan karakternya. Watak Hannibal The Cannibal sering digunakan menerusi filem dan novel bagi menggambarkan seseorang itu merupakan pembunuh bersiri.
Siapa Robert Maudsley?
Robert Maudsley dilahirkan pada 26 Jun 1953, di Toxteth, Liverpool. Dia mempunyai seramai 12 orang adik beradik, sejak kecik lagi dia sering didera oleh kedua ibu bapanya. Penderaan yang terjadi sewaktu kecil menjadi faktor utama dia menjadi pembunuh.
Setelah sering didera oleh kedua ibu bapanya, Robert telah dihantar ke Nazareth House yang merupakan sebuah rumah jagaaan keluarga angkatnya. Semasa melalui fasa sebagai seorang remaja, Robert pernah mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Berikutan masalah yang dihadapi dia pernah mencuba beberapa kali untuk membunuh diri dan mula mengambil dadah. Namun, cubaan membunuh dirinya sering gagal.
Seperti insan biasa, Robert juga pernah untuk mengubah kehidupannya menjadi seperti orang normal dan bebas daripada sebarang masalah tetapi tetap gagal. Pada usianya seawal 16 tahun, dia sudah berhijrah ke Kota London secara berseorangan. Ketika itu dia bekerja sebagai rent Boy atau kata lain menjadi pelacur kepada lelaki lain. Wang melalui kegiatan haram sebagai rent boy digunakan untuk membeli dadah.
Tragedi bunuh bermula
Gambar sekadar hiasan
Mangsa pertama pembunuhan yang dilakukan oleh Robert terjadi pada Mac 1974 iaitu John Farell. Sebelum kejadian berlaku, John membayar Robert sebagai pelayan nafsu songsangnya. Selepas melakukan hubungan sejenis itu, John menunjukkan gambar kanak-kanak yang telah didera secara seksual. Ketika itu, John begitu teruja dan seronok melihat kanak-kanak tersebut terseksa sedemikian rupa.
Robert yang menyimpan dendam selama ini akibat didera secara fizikal dan mental oleh ibu bapanya, bertindak membunuh John secara kejam. Api kemarahannya tidak dapat lagi dikawal ketika itu, John dipukul dan dijerut di lehernya sehingga mati. Gelaran The Blue diberikan kepada Robert disebabkan wajah mangsanya ketika itu berubah menjadi biru akibat jerutan yang kuat.
Berikutan insiden pembunuhan tersebut, Robert telah dihantar ke sebuah Hospital Broadmoor, England yang menempatkan orang yang kurang siuman dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Tidak berakhir di situ
Gambar sekadar hiasan
Ketika tahun 1977, semasa Robert masih menjalani rawatan, dia berpakat dengan seorang banduan yang dikenali sebagai John Cheeseman, untuk membunuh banduan lain iaitu David Francis. Dipercayai banduan tersebut merupakan seorang pedofil tegar sebelum ini. Paling mengejutkan apabila Robert dan John bertindak untuk mengunci David dalam sebuah bilik, ketika kejadian tangan David diikat dengan wayar elektrik dan dia dipercayai telah didera dengan kejam selama sembilan jam.
Menurut pengawal yang berada di tempat kejadian, David telah dijumpai mati dalam keadaan yang cukup mengerikan. Kepala David berada dalam keadaan yang tidak cukup sifat, dan dijumpai sudu yang terletak di dalam tempurung kepalanya. Melalui laporan yang diterima, bahagian otak David dilihat tidak sempurna dan mempunyai kesan seakan-akan sudah dimakan.
Ujar John, yang turut berada di tempat kejadian mengakui bahawa Robert yang telah makan otak David. Berikutan insiden tersebut, Robert telah mula dikenali sebagai Hannibal The Canibal dan The Brain Eater.
Penjara Wakefield
Foto: Dang Anum
Setelah kejadian membunuh David, Robert telah dihantar ke penjara Wakefield yang tidak disukainya. Robert pernah membuat permohonan untuk kembali ke hospital tetapi rayuannya ditolak oleh pihak berkuasa. Semasa berada di Wakefield, Robert diawasi dan dipantau dengan ketat bagi mengelakkan berlaku kembali insiden-insiden yang tidak diingini.
Namun apa yang terjadi pada petang tahun 1978, sangat mengejutkan apabila Robert bertindak menyerang dan membunuh dua banduan pada hari yang sama. Mangsa pertamanya ketika itu adalah Salney Darwood, yang merupakan pembunuh kepada isterinya sendiri. Terdapat dua teori yang berbeza mengenai kes pembunuhan Salney, teori pertama, dia dipercayai mati ditikam oleh Robert dan satu lagi teori menyatakan bahawa lehernya telah dikelar oleh Robert.
Mayat Salney kemudiannya disorok di bawah katilnya sendiri. Pada hari yang sama, Robert bertindak untuk menyerang mangsa keduanya iaitu William Roberts. Setelah pembunuhan William dibuat, Robert sendiri bertindak menyerahkan pisau yang digunanya kepada pihak berkuasa.William ketika itu ditikam menggunakan pisau jenis belati dan kemudiannya dihentak kepalanya di dinding. William juga merupakan seorang pedofil yang aktif sebelum dia dijatuhkan hukuman.
Penjara terakhir
Foto: Dang Anum
Berikutan pembunuhan Salney dan William, pihak berkuasa bertindak untuk mengasingkan Robert daripada banduan-banduan yang lain dan dia diletakkan di bilik persendirian. Pihak berkuasa turut mengambil inisiatif tambahan dengan membina sel kaca kalis peluru khas untuk Robert di ruang bawah tanah penjara Wakefield.
Sel tersebut lengkap dengan meja, kerusi, tandas, sinki dan tempat tidur bagi kegunaan Robert. Melalui laporan DailyMail Robert telah menjalani kehidupan di bilik kurungan khas itu selama 41 tahun dan merupakan banduan yang paling lama ditahan di penjara tersebut.
“If I had killed my parents in 1970, none of these people need have died”
Menurut Robert, jika dia membunuh kedua ibu bapanya sejak dahulu lagi, sudah pasti nyawa orang lain tidak terancam dan dia boleh bergerak bebas seperti orang biasa. Sejak kecil didera dan kurang kasih sayang yang diberikan, akhirnya inilah pengakhiran hidup Robert Maudsley.
Sumber: Dang Anum, Crime and Investigation , Daily Mail & The Famous People