berita

‘Dengan Anak Kecil Lagi, Tolak Motor….’

October 8th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap prihatin yang gemar membantu orang lain ketika kesusahan. Amalan ini dipraktikkan tidak terhad kepada mana-mana individu walaupun perbezaan fahaman agama, politik dan warna kulit.

Ini kisah yang dikongsi oleh Muhammad Rais Sarip yang membantu pasangan suami isteri yang kehabisan minyak di bahu jalan. Kisah ini menjadi tular dan menjadi buah mulut netizen. 

Kehabisan minyak

Foto: Muhammad Rais Sarip

Ketika kejadian Rais sedang membuat rondaan sebelum ternampak satu pasangan suami isteri dan anaknya yang sedang menolak motosikal milik mereka. Setelah diperiksa, rupanya motor mereka kehabisan minyak motosikal dan stesen yang berdekatan adalah 10 kilometer. Manakala rumah mereka terletak di Batu Pantai, Jalan 12, lebih kurang 25 kilometer dari situ.

Simpati dengan pasangan itu, Rais membantu mencari minyak petrol untuk diberikan kepada mereka. Jelas Sarip, minyak tersebut diberikan secara percuma daripada seorang pemilik kedai runcit yang terletak tujuh kilometer dari kawasan tersebut.

Inshaa Allah.. selagi kami boleh bantu, kami akan bantu.. tak kira bangsa apa sekali pon.

Perkongsian tersebut telah mendapat 546 komen dan 1.6k perkongsian.

Terbaik!

 

Sumber: Muhammad Rais Sarip

SKIP THIS AD ×