Ke mana kita hujung minggu ni? Nak pergi jauh-jauh memang taklah memandangkan ekonomi tak berapa nak kukuhkan.
Tapi, kitorang nak share satu lokasi yang best dan berbaloi untuk korang bawa satu family besar pergi bercuti. Hanya RM350 satu malam!
Penginapan yang selesa
Menurut Khalid Koyube, setiap rumah penginapan di sini mempunyai 4 buah bilik selesa dilengkapi katil dan sebagainya. Kiranya memang boleh bawa satu family besar untuk menginap di sebuah rumah.
Boleh masak & BBQ
Nak masak & ber’BBQ’ pun takde hal!
Malas masak? Restoran ni famous tau
Boleh buat ‘family day’ jugak!
Dah penat? Berendam di Hotspring!
Fuh. Best kan? Malah, dengar kata boleh buat telur rebus juga dekat kawasan special kat sini.
Kat Mana? Hotspring Homestay (Sungai Klah,Sungkai) Felda Trolak Jaya
Eh. Jangan PM kami pula nak tanya tarikh available la apa la, korang try PM Facebook Khalid Koyube ni ya. Selamat bercuti!