berita

Dengan Limpahan Krim Keju & Coklat Leleh, Ini Resepi Kek Tornado Viral

November 19th, 2020 | by Arini Saleh
MyResipi

Bukan sekadar kek biasa, gabungan krim keju leleh dan coklat cair melimpah membuatkan kek tornado menjadi kegilaan ramai. Bagi peminat kek coklat, gabungan menarik ini pasti tidak akan menghampakan anda! Boleh ketagih dibuatnya.

Bagi anda yang berminat nak cuba sendiri di rumah, apa kata ikut resepi yang dikongsikan Puan Fatimah Saari ini. Bolehlah buat hidangan pencuci mulut petang nanti.

Resepi kek tornado viral

First try tornado kek sebab cream cheese dalam peti tak tahu nak buat apa kan. Dapat 3 bekas. sejukkan dulu malam satgi kita try lah sedap ka dak. Resepi fb saja.

Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan gula
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat (guna 1 cawan tepung je untuk kek lagi moist)
(kalau tak ada boleh pakai tepung gandum + 1sk soda bikarbonat + 1 sk baking powder kemudian ayak)
1/2 cawan serbuk koko atau boleh ganti dengan milo kalau tak ada serbuk koko/coklat
1/4 cawan air panas

Cara-cara
1. Pukul telur + gula + esen vanilla (pukul rata)
2. Masukkan minyak masak (kacau biar sebati)
3. Masukkan tepung + baking powder + soda bicarbonat
4. Masukkan serbuk koko/coklat/milo
5. Last sekali masukkan air panas kacau rata
6. Bakar api atas bawah suhu 180/50minit bergantung kepada tahap kepanasan oven anda. Kalau nak kukus boleh kukus 40-45minit.

Tips untuk kek gebu tak perlu guna mixer. Just kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu

Untuk cream cheese

UNTUK CREAM CHEESE

Bahan-bahan
250gram cream cheese
60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream ye)
3-4sb susu pekat (nak manis atau kurang manis boleh lebih atau kurangkan)

Cara-cara
1. Mixer cream cheese sampai lembut
2. Tambahkan susu pekat (rasa tahap kemanisan yang anda suka)
3. Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan

Coklat ganache

BAHAN COKLAT GANACHE
100ml whipping cream
250gram milk compound
2sb mentega/majerin
(double boiler sampai sebati last sekali masukkan marjerin)

Selepas kek siap dibakar, keluarkan kek dan potong kepada dua bahagian, letak lapisan kek pertama kemudian cream cheese. Letak lapisan kek kedua, letak cream cheese lagi lepas itu baru letak ganache coklat. Selamat mencuba!

Sumber: Fatimah Saari

The following two tabs change content below.

×