berita

Dengan Membeli-Belah Di Sungei Wang, Korang Boleh Raya Bergaya Dengan Set Kutleri Baru! Syada Amzah Dan Didi Astillah Pun Turut Serta Tau!

May 16th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Minta mak, kuih sepotong saya mahu makan kerna perut kosong!

Mesti lagu ni terngiang-ngiang kat telinga korang kan? Rasa macam baru je masuk bulan Ramadan, tup tup dah nak raya. Teringat pulak zaman kecil kan? Iyelah time raya lah nak kumpul duit raya banyak-banyak. Siapa yang paling banyak, dia lah yang paling hebat.

Raya dah nak dekat ni. So far korang dah buat persiapan ke belum? Haa.. Mana yang belum tu min nak ajak korang pergi Sungei Wang. Dengar cerita ada banyak aktiviti menarik menanti korang sekeluarga tau!

Raya Bergaya di Sungei Wang

Sungei Wang dengan rakyat Malaysia memang tak dapat dipisahkan. Mana taknya, kat situ lubuk barangan yang murah dan berkualiti pulak tu. Bagi memeriahkan lagi Aidilfitri tahun ni, Sungei Wang mengadakan kempen Raya Bergaya di Sungei Wang.

Korang tengoklah sendiri betapa cerianya atrium Sungei Wang ni. Konsep dah ala-ala Arabian tapi ada ketupat yang berkeemasan dan dihiasi lampu LED. Aish, ni baru betul mood raya wei! Memang jadi port selfie lah nanti. Cantiknya!

Jom sertai aktiviti Raya Bergaya di Sungei Wang!

Kalau korang nak tahu, setiap hujung minggu akan ada persembahan tarian Raya Bergaya dan persembahan lagu raya daripada band tempatan tau. Korang boleh tengok secara live lagi okay

Tak complete lah hari raya kalau tak make up kan? Haa.. Mereka juga ada pakar kecantikan dari SCCA turun padang nak berkongsi ilmu dengan korang nanti. Boleh belajar step by step pulak tu.

Antara instafamous yang akan bersama korang ialah Myra Muzafar, Miera Leydia, Alya Zulaikha dan Nia Ghafar. Jangan lupa lock date korang tau pada 25 Mei 2019. 

Pertandingan Raya Bergaya pun ada okay. Yang suka berfesyen memang wajib join pertanding Fesyen Hijab pada 26 Mei 2019 nanti tau. Eh ada Syada Amzah, Didi Astilah dan Adam Lee yang akan jadi judges korang nanti tau.

Semua menarik kan aktiviti di Sungei Wang ni. Dah nak dekat raya ni, korang jangan lupa rebut peluang untuk sertai bengkel membuat ketupat dan rantaian kunci seni pasir arab moden pada setiap hujung minggu tau. Haa cepat-cepat daftar di Facebook Sungei Wang sekarang untuk dapatkan seat korang okay! Mesti excited anak korang nanti.

Tebus hadiah istimewa dengan Raya Bergaya di Sungei Wang!

Korang tak pening kepala mana nak dapat sampul raya. Korang berbelanja je minimum RM120 dalam 2 resit, dah dapat sampul raya eksklusif Sungei Wang. Bukan itu saja, korang jugak boleh menang set kutleri eksklusif Sungei Wang tau. Nak tahu cara dia? Senang je. Korang hanya cuma perlu berbelanja minimum RM388 dalam 2 resit tau.

*Tertakluk terma dan syarat

Dah alang-alang shopping di Sungei Wang, korang berbuka je kat sini. Lagi senang! Ada banyak tempat menarik untuk korang berbuka tau. Korang tinggal pilih antara 40 tempat makanan dan minuman di sini okay.

Nak tahu update terkini tentang events atau promosi di Sungei Wang? Korang jangan lupa kunjungi website Sungei Wang dan Facebook Sungei Wang tau.

Selamat membeli-belah dan jangan ponteng puasa okay!

SKIP THIS AD ×