berita

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Hildebrand Sah Bergelar Isteri

November 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan pengacara terkenal, Sarah Hildebrand sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, dengan sekali lafaz hari ini. Pasangan tersebut sah bernikah kira-kira pukul 10.25 pagi tadi di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan itu selamat dinikahkan oleh Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara Sarah, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.

Bersyukur majlis berjalan lancar

https://www.instagram.com/p/B4YuqyOgA2P/

Menurut Sarah, dia bersyukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar dan sama seperti yang dirancang. Tambahnya, dia percaya bahawa suaminya itu mampu membahagiakan dirinya hingga ke akhir hayat.

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan. Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat. Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan.

Majlis pernikahan pasangan tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat. Disoal mengenai majlis resepsi, Sarah memberitahu bahawa tarikh masih belum diputuskan lagi oleh mereka berdua. Otto menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin buat Sarah.

Tahniah Sarah dan suami

Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah buat Sarah dan suami. Di samping itu, netizen turut mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat pasangan itu dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Sumber: Sarah Hildebrand & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×