Akhirnya saat bahagia yang dinantikan oleh pasangan merpati dua sejoli ini muncul jua! Setelah lebih 4 tahun menjalin hubungan cinta, akhirnya Alif Satar sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Sha Dila.
Bertempat di Dewan Perdana Jalan Semarak, dengan sekali lafaz sahaja, Alif Satar dan Sha Dila telah selamat diijabkabulkan kira-kira jam 11.40 pagi tadi.
Nampaknya memang terserlah seri pengantin di raut wajah kedua-dua mempelai! Sememangnya pasangan ini nampak serasi dan sama padan!
Sama cantik, sama padan!
Dalam majlis yang sama, Alif Satar turut memberi wang hantaran sebanyak RM19,000, 5 dulang hantaran dan mas kahwin bernilai RM 80. Sementara itu, pihak pengantin perempuan pula membalas dengan 7 dulang hantaran.
Untuk makluman semua, majlis resespi mereka pula akan diadakan pada 20 September ini di Marina, Putrajaya. Alhamdulillah, sebuah lagi masjid terbina dan sama-samalah kita mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat.
Kredit foto: Instagram Alif Satar, Sony Music, Dato Siti Nurhaliza