berita

Dengar Cerita Orang Pahang Dapat Siaran TV Baru? Betul Ke?

May 29th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

MYTVPHG

Dengar cerita orang Pahang dapat siaran TV baru. Betul ke? Kami pun tertanya-tanya sampailah kami terima mesej Whatsapp berangkai. Kualiti gambar pula gempak, katanya SD tapi mengalahkan kualiti HD TV berbayar

Selepas kitaorang selidik barulah kitaorang tahu, rupa rupanya tu cuma peringkat percubaan dulu dari MYTV . Ha, tak pernah dengar nama syarikat ni kan ? Meh sini kami cerita sikit.

MYTV Broadcasting Sdn Bhd

MYTV adalah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan infrastruktur bagi peralihan siaran TV analog ke digital, atau singkatannya Digital Terrestrial TV (DTT). Wah! Apa benda DTT tu ? Dengar-dengar pada Jan 2017, siaran TV analog di Malaysia akan ditutup dan akan digantikan sepenuhnya dengan siaran digital.

Maknanya kalau korang memang mengharapkan siaran TV percuma, korang takkan dapat lagi siaran tv biasa. Jangan pelik kalau korang buka tv lepas tu skrin blank je, melainkan kalau korang pasang dekoder MYTV macam orang Pahang ni. Nampak tak, diaorang lagi advanced dari korang sekarang.

Fasa Pertama-Pahang

MYTV-4

Setakat ini peringkat percubaan sudah pun bermula di Pahang. Wah, best nyer diaorang, dapat jadi orang pertama merasa perkhidmatan MYTV ye .Tapi bukan semua dapat merasa peringkat percubaan ini, cuma orang yang terpilih je mengikut kriteria yang ditetapkan especially bila rumah korang dalam kawasan yang terlibat dan TV rumah korang bole dapat siaran signal percubaan ni barulah boleh join.

“MYTV Foot Soldier” Turun Padang

MYTV-2 MYTV-3

Menurut sumber kami, MYTV menghantar pekerja syarikat mereka sendiri untuk turun padang bertemu penduduk – penduduk kampung di daerah Pekan. Dah macam charity lah pula.

Iyalah bukan senang nak meredah kampung terpencil tu. Dah tu pula kena ketuk rumah orang, panjat bumbung sambungkan antenna dengan decoder, lepas tu kena pula explain kat orang kampung tu apa yang mereka perlu buat. Maklumlah, bukan semua orang kampung ada Internet, Mungkin ramai antara mereka yang tak tahu pasal tv digital ni.

Orang Pahang Lebih Up Daripada Korang

MYTV-15

MYTV-1 MYTV-6

 

Reaksi Orang Pahang Yang Kami Terima

MYTV1

MYTV2-2

MYTV3-3

MYTV4

Wahh !! berbaloi juga lah usaha “ MYTV foot soldier” ni. Mana taknya, penduduk  kampung tu gembira sakan bila diorang dapat tengok channel FTA dengan HD ! Tak payah nak betulkan lagi antenna, panjat bumbung bagai semata-mata nak tengok channel tu clear. Akan datang, MYTV komited untuk menyediakan kapasiti untuk 30 channel percuma buat fasa pertama sehingga 80 channel  menjelang tahun 2019. Bukan itu sahaja, pada awal tahun depan ,sebanyak 2 juta CPE (Customer Premise Equipment) atau perkakas MYTV akan diagihkan kepada penerima yang layak je. Yang mana tak dapat tu doa-doalah agar bertambah pemberian CPE percuma. Tak sabarnya!

Dengar – dengar giliran orang Terengganu pula yang nak diadvance kan esok? Betul ke ? Jangan risau , macam MYTV, kitorang pun komited untuk sampaikan korang update seterusnya . Stay Tuned !!

Ini video untuk rujukan korang kalau nak gambaran yang lebih jelas.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×