Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming kini mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Utamakan Keberkatan, Nekad Takkan ‘Review’ Makanan Tak Sedap – ‘Kadang-Kadang Kita Lupa..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai ‘DM’ Nak Jadi Peneman Hidup, Khairul Aming Tanya – ‘Adakah Anda Bersedia Jadi Perhatian Orang Ramai?’
Sijil halal
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu berharap dengan pemilikan sijil halal dapat memasarkan produk dengan lebih meluas.
Alhamdulillah Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan halal oleh JAKIM.
Bermula dari satu kilang di Kelantan daripada kosong, kita bina sedikit demi sedikit sehingga dapat pengiktirafan.
Selepas itu kita ada dua buah kilang dengan 100 orang pekerja.
Doakan kita boleh daftar untuk HACCP juga untuk kilang di Kelantan.
Ujarnya, produk keluarannya itu turut mendapat kelulusan Skim Pensijilan MeSTI Kementerian Kesihataan Malaysia (KKM).
Tambah Khairul, dia kini fokus untuk pengeluaran produk ketiga yang dijangka keluar pada tahun depan.
Sumber: Instagram khairulaming