Sekadar gambar hiasan
Benarlah orang kata, jika seseorang itu berkahwin, dia bukan berkahwin dengan pasangan sahaja. Sebaliknya berkahwin dengan seluruh keluarga.
Artikel Berkaitan: Anak Sibuk Cari Kerja, Bapa Buat ‘Projek’ & Paksa Menantu Bersetubuh! Siap Ugut Dengan Pisau
Artikel Berkaitan: Sebelum Ni Bakal Mentua Letak Hantaran RM14k Tapi Lepas Perdana Menteri Umum Naik Gaji, Diorang Naikkan Jadi RM18k’
Baru-baru ini, seorang wanita berstatus isteri meluahkan masalah rumah tangga yang dilaluinya.
‘Mak mentua dari neraka’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita ini meluahkan rasa kurang senang dengan sikap ibu mentuanya yang suka masuk campur dalam urusan rumah tangganya dengan suami.
Mak mentua dari neraka, aku bercadang nak bercuti dengan anak dan suami. Tiba-tiba mak mentua aku kata ‘Tak payah lah, meh balik kampung je’. Kemudian suami aku cakap ‘Orang nak bawa anak bini release stress, jalan-jalan makan angin kalau setakat balik kampung duduk terperap, baik duduk rumah sendiri je’.
Mak mentua cakap ‘okay, kalau nak berjalan curi sekolah ni confirm jalan jem’. Aku tahu dia sengaja kata macam tu sebab dia tak boleh tengok anak dia lebihkan anak bini, dia dengki. Jadi mak mentua kata lagi ‘Nak ikut tapi tukar lah jangan pergi Cameron Highland, pergi tempat lain’ sedangkan aku memang dah lama nak pergi sana nak food hunting.
Sementara itu, wanita itu mendakwa bahawa ibu mentuanya seorang yang bermuka-muka dan sering ‘berlakon’ baik di hadapan anak lelakinya sedangkan perwatakannya sangat berbeza dengan apa yang ditunjukkan.
Aku perati lama dah dia memang dengki dengan aku. Dari awal kahwin dia sangat fake ye depan suami aku lain, belakang lain jadinya. Depan semua orang dia fake ye, acah terpaling mak mentua dari syurga tapi hakikatnya dari neraka.
Lebih parah, bukan hanya si ibu malah kakak suaminya (kakak ipar) turut sibuk mencampuri urusan rumah tangganya selain suka mengatur kehidupan mereka suami isteri.
Dari hari pertama kahwin sampai anak dah sorang dia tetap atur hidup aku dengan suami sampai aku naik rimas dan hampir bercerai sebab dia. Sama juga dengan kakak ipar, suka masuk campur hal rumah tangga sampai dalam kain pun nak selongkar ya.
Wanita ini akui buntu dan hilang sabar dengan sikap ibu mentua dan kakak iparnya itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan nasihat kepada wanita ini agar tidak membuat keputusan melulu sebaliknya berbincang dengan suami mengenai perkara tersebut bagi mencari jalan penyelesaian bersama.
Sumber: X Meinmokhtar