berita

Deposit Dah Bayar, Elizabeth Tan Batalkan Persembahan Saat Akhir

May 18th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

 

ElizabethTan

Baru-baru Elizabeth Tan ada tarik diri daripada membuat persembahan pada saat-saat akhir dan ia jadi isu besar walaupun pihak penganjur dah tahu punca sebenar.

Penyanyi berumur 22 tahun yang terkenal dengan lagu Knock Knock itu berkata, dia bukan sengaja untuk batalkan kemuculannya tetapi kesihatannya tiba-tiba terjejas beberapa hari sebelum persembahan yang memberi kesan kepada suaranya untuk menyanyi.

Soal Kesihatan Bukannya Saya Dapat Kawal

“Mereka ada bertanya kenapa tidak memberitahu seminggu awal untuk membatalkan persembahan tersebut tetapi soal kesihatan bukannya saya dapat kawal bila ia akan berlaku. Benar saya ambil keputusan untuk menarik diri daripada semua persembahan yang ada pada hari tersebut kerana kesihatan saya tertanggu dan suara juga tidak keluar dan tidak sedap untuk didengar.”

Tambahnya, dia bukan sengaja membatalkan persembahan tersebut dan dia sendiri kesal tetapi keadaan memaksa dan turut mendapat cuti sakit dari doktor.

Elizabeth berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar pada Ahad, dia menarik diri daripada mengadakan persembahan pada saat-saat akhir seperti dijanjikan setelah menerima wang deposit daripada pihak penganjur.

Tidak Tahu Apa-Apa Mengenai Deposit

Menjawab mengenai wang deposit yang telah dibayar terlebih dahulu kepadanya, Elizabeth menjelaskan dia tidak mengetahui apa-apa tentang perkara tersebut kerana ia diuruskan oleh pihak pengurusannya.

Dalam pada itu, dia sedar kejadian itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap kredibilitinya sebagai penyanyi namun menegaskan dia bukannya cuba memberi alasan sebaliknya benar-benar jatuh sakit pada hari berkenaan.

Saya Minta Maaf

Menurutnys, ini adalah kali pertama dia batalkan persembahannya sejak melibatkan diri dalam industri muzik dan mengharap kejadian serupa tidak akan berlaku lagi. Dia juga ada minta maaf kepada semua pihak yang terlibat.

“Sebagai penyanyi saya sepatutnya perlu komited terhadap sesuatu tanggungjawab diberikan tetapi ia berlaku diluar kawalan. Saya tidak boleh memohon maaf kerana jatuh sakit tetapi kerana kejadian itu sudah berlaku saya minta maaf kepada semua pihak terlibat.

“Saya berharap kejadian serupa tidak akan berulang pada masa hadapan melainkan kalau saya jatuh sakit saya perlu mementingkan kesihatan terlebih dahulu berbanding perkara lain,”

Sumber: mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×