berita

Dera Monyet Sampai Mati, Moderator TikTok Bakal Didakwa

March 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Padah menganiaya seekor anak monyet hingga menyebabkan kematian, seorang moderator di laman sosial TikTok telah disiasat polis dan bakal didakwa ke mahkamah.

Artikel Berkaitan: Monyet Tersepit Pada Tayar Motosikal, Tindakan Orang Awam Sentuh Hati Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Budak Lari Dikejar Monyet Selamba Paut Kaki Wartawan Masa Live Bikin Berdekah– ‘Tak Apa, Abang Ada’

Laporan dari orang awam

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pada Januari lalu pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam berhubung penganiayaan terhadap haiwan yang dilakukan oleh seorang individu.

Perbuatan tersebut telah mengakibatkan kematian seekor anak monyet akibat dipukul, dicacatkan anggota badan serta dibakar dibahagian kaki dan tangan.

Susulan itu, pihak polis telah menyerbu ke rumah seorang lelaki berusia 37 tahun dan bahan bukti berjaya dirampas.

Hasil siasatan membawa kepada serbuan di sebuah unit kediaman di Setia Alam dan pemeriksaan ke atas penghuni kediaman iaitu seorang lelaki tempatan menemui beberapa perkakas dan peralatan serta telefon bimbit yang mengandungi gambar anak monyet didera.

Suspek dirakam percakapan dan rampasan telefon turut dibuat. Tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan kes ini tidak lazim ditangkap.

Tambah beliau lagi, untuk membantu siasatan seramai empat orang saksi telah dipanggil. Kertas sisatan kemudiannya telah di hantar ke Pejabat Perundangan Negeri Selangor dan diedarkan ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara juga telah mengeluarkan arahan supaya siasatan diteruskan bagi memperoleh laporan hasil analisa forensik telefon bimbit suspek.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×