berita

Monyet Tersepit Pada Tayar Motosikal, Tindakan Orang Awam Sentuh Hati Netizen

November 10th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di India, viral satu rakaman video memaparkan orang awam bertungkus lumus menyelamatkan seeokor monyet yang tersepit pada tayar sebuah motosikal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Budak Lari Dikejar Monyet Selamba Paut Kaki Wartawan Masa Live Bikin Berdekah– ‘Tak Apa, Abang Ada’

Artikel Berkaitan: Bayi Berusia Sebulan Maut, Diserang & ‘Diculik’ Sekumpulan Monyet Ketika Menyusu

Tersepit pada rim motosikal

Menerusi video yang dikongsikan oleh India.com, rata-rata netizen tersentuh melihat sekumpulan individu yang berusaha menyelamatkan monyet tersebut yang tersepit di tengah-tengah tayar motosikal. Difahamkan, insiden itu dipercayai berlaku di wilayah Badosarai di Barabanki, Uttar Pradesh ketika monyet itu cuba menyeberangi jalan sebelum dilanggar tanpa sengaja oleh seorang penunggang motosikal lelaki.

Bagaimanapun, penunggang motosikal terbabit sempat menekan brek kecemasan, namun mengakibatkan monyet tersebut tersepit pada bahagian rim tayar hadapan motosikalnya.

Video kejadian itu dikongsikan secara meluas oleh netizen di negara itu sehingga mengundang pelbagai persepsi orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib haiwan malang terbabit. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera bertindak menyelamatkan haiwan itu dengan menanggalkan tayar motosikal berkenaan.

Video

Sumber: Twitter

 

SKIP THIS AD ×