berita

Derita Penyakit Ain Kerana Sering Post Gambar Di FB & IG, Badan Tiba-Tiba Sakit Pelik Berterusan

January 7th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pernah atau tidak korang mendengar penyakit ain? Penyakit ini merupakan penyakit melalui pandangan mata yang penuh kebencian sehingga membuatkan tuan empunya badan terkesan.

Di twitter seorang gadis kongsi pengalamannya secara tiba-tiba jatuh sakit. Lebih menyedihkan badannya turut diserang bintik merah tanpa diketahui punca dan sebab.

Tiba-tiba sakit pelik-pelik

Mendapat lebih 3k retweet, perkongsian gadis ini mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan penyakit yang dialaminya. Tak kurang juga ada yang tidak percaya dengan penyakit ini namun sebenarnya ianya wujud.

Ustazah pesan suruh kurangkan post gambar

Sehinggala suatu hari ‘bibik’ gadis ini perasan dia terkena penyakit ain. Tubuh badannya terus baik merah sehingga meninggalkan kesan patut. Selepas dibawa jumpa ustazah, beliau memesan agar dia kurangkan memuat naik fotonya di lama sosial.

Penyakit ain buat orang rasa marah

Menurutnya lagi, penyakit ain ini susah dirawat dan juga membuatkan dia rasa tidak tenteram. Selepas mengalaminya sendiri barulah dia faham.

Pandangan orang yang menyebabkan kita sakit

Penyakit ini bukanlah boleh dikatakan seperti sihir. Namun ianya hanya melalui pandangan mata yang penuh dengan kebencian. Ekoran itu, tubuh badan kita akan memberi kesan sakit kerana pandangan ain ini.

Pandangan iri hati

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)- Ibn Abbas, Mujahid.

Tambahnya lagi, kita sebagai manusia biasa haruslah sentiasa berusaha berlindung daripada penyakit ain.  Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya.

Sumber : VouzdielPejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×