berita

Design Kotak Mirip Kaabah Cetus Kemarahan Muslim Sedunia, PUBG Mobile Mohon Maaf

April 2nd, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Permainan video terkenal, Player Unknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG) baru-baru ini sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menampilkan Birthday Crate seakan-akan Kaabah. Birthday Crate tersebut dikeluarkan sempena ulang tahun pertama PUBG Mobile.

Muslim seru PUBG diboikot

Isu sensitif ini mendapat perhatian pemain Muslim seluruh dunia yang menyifatkan PUBG tidak bertanggungjawab. Malah, mereka turut menandatangani petisyen di laman Charge.org memohon permainan tersebut menukar design Birthday Crate.

PUBG mohon maaf

Berikutan itu PUBG Mobile memohon maaf dan berjanji untuk mengubah semula design. Kotak itu juga akan dilancarkan tidak lama lagi sebaik sahaja ianya diubah. PUBG turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang tidak putus keatas permainan online tersebut.

‘Sila keluarkan secepat mungkin’

Sumber : PUBG Mobile

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×