Di Texas, Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati di dalam mesin basuh beberapa jam selepas ibu bapanya melaporkan dia hilang pada hari Khamis yang lalu.
Ibu bapa ingat hilang
Menerusi laporan The Daily Beast, Troy Khoeler maut di dalam mesin basuh atas garaj rumahnya di Rosegate Drive, Birnamwood. Sebelum itu, Troy dilaporkan hilang dan ibu bapanya memberitahu detektif bahawa mereka mula menyedari anak mereka hilang, kira-kira pukul 4 pagi. Dua jam kemudian, detektif menemui budak lelaki itu di dalam mesin basuh selepas pihak mereka berjaya melakukan pemeriksaan menyeluruh di kawasan kejiranan dan kawasan lain.
Setakat ini, detektif tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai punca kematian budak lelaki itu. Menurut Leftenan Robert Minchew dari HCSO, pihaknya belum mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam kejadian itu tetapi berhasrat untuk mengetahuinya.
Sama ada dia mati disebabkan termasuk ke dalam mesin basuh atau dibunuh dan diletakkan di dalam mesin basuh itu, kami masih menjalankan siasatan…saya masih belum boleh mengulas perinciannya.
Robert mengesahkan bahawa Troy berpakaian ketika mereka menemuinya tetapi tidak memberikan butiran, termasuk jika terdapat air di dalam mesin atau jika penutup mesin itu ditutup. Maklumat mengenai budak lelaki itu hilang pertama kali didedahkan oleh polis Presint 4 HCSO Konstabel Mark Herman, di Twitter. Polis kemudian mengesahkan kematian budak itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.
Siasatan jenayah sedang dijalankan sila elakkan kawasan itu. Kami meminta doa semua orang untuk keluarga.
Ibu bapa Troy dibawa menaiki kereta peronda polis untuk disoal siasat. Bagaimanapun, tiada tangkapan atau pertuduhan dibuat pada waktu itu.
Sumber: The Daily Beast