Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia terberanak di hadapan pintu sebuah klinik kesihatan. Lebih mencemaskan apabila melihat keadaan bayi yang baru dilahirkan itu tergolek di bahagian kaki si ibu kerana tali pusat masih bersambung.
Terberanak depan klinik
Si ibu yang dikenali dengan nama Yetina berusia 21 tahun dikatakan tidak sedar dirinya berbadan dua sehinggalah pada hari kejadian, dia baru menyedari perutnya semakin membesar. Dia kemudian pergi ke klinik kesihatan di Indonesia untuk membuat pemeriksaan kandungan buat kali pertamanya namun lain pula yang jadi apabila dia tiba-tiba bersalin di hadapan pintu klinik kesihatan berkenaan.
Tetapi malangnya ketika itu, klinik tersebut sudah tutup dan salah seorang individu yang berada di situ sempat membantu dengan memapah mangsa. Sementara si bayi dilihat sudah tergolek di bahagian kaki mangsa yang sudah berlumuran dengan darah.
Mangsa kemudian dibawa berjumpa dengan bidan bagi urusan memotong tali pusat. Difahamkan, si ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan kini sudah pun berada di rumah bersama keluarga. Suami Yetina enggan memanjangkan isu tersebut dan dia akui itu adalah kesalahan daripada mereka sendiri.
Sumber: Tribunnews