berita

The Devil Wears Prada Bakal Gegar KL!

January 7th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

1339026638_the-devil-wears-prada-promo2010Perhatian kepada peminat fanatik band The Devil Wears Prada! Sila kosongkan jadual anda pada 1 Februari ini kerana band Amerika yang terdiri daripada 5 orang anak muda ini bakal menggegarkan Kuala Lumpur di konsert KL live 2014!

Konsert yang bakal diadakan di Jalan Sultan Ismail pada jam 8.30 malam ini merupakan kunjungan pertama band ini ke Malaysia dan ianya memang saat yang amat dinantikan oleh peminat mereka.

Setakat ini band yang mula ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah naungan Roadrunner Records ini telah menghasilkan lima buah album penuh, antaranya ialah ‘Dear Love: A Beautiful Discord’, ‘Plagues’ dan ‘With Roots and Branches Below’.

Screen Shot 2014-01-07 at 11.17.19 AMGambar rasmi untuk poster KL Live 2014

Ditanya mengenai spekulasi nama band ini yang dikatakan meniru tajuk sebuah filem, mereka menjelaskan bahawa band ini telah ditubuhkan sebelum filem tersebut dilancarkan lagi.

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan tiket di Rock Corner, Victoria Music, The Guitar Store, Ticketpro outlets atau secara online di www.ticketpro.com.my. Tiket dijual pada harga RM188 dan RM148. Sebelum itu, jom kita layan video ini!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×