Staf kepada pempengaruh, Jofliam iaitu Dewi membuka mulut isu beg berjenama Celine berharga RM12,000 yang merupakan hak milik Cik Epal.
Artikel Berkaitan: Jofliam Nafi Bersekedudukan Dengan Wanita Dalam Rumah, Mengaku Hadiahkan Beg ‘Brown’ 12K Sebagai Tanda ‘Rebel’ – ‘Saya Matikan Akses Kad Bersebab’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Awak Tak Ada Maruah Ke?’ – Jofliam Tegur Cik Epal Suruh Hormat Tempoh Iddah, Sepatutnya Taat & Muhasabah Diri
Jofliam memang pemurah
Dakwa Dewi, dia tidak tahu beg itu adalah kepunyaan Cik Epal sebelum ini. Kata Dewi di Instagram Story, dia hanya menerima pemberiaan hadiah daripada Jofliam.
Saya tak tahu pun ini beg milik orang. Sebab Jofliam memang pemurah orangnya. Saya terima saja apa-apa hadiah pun.
Terpulang Jofliam nak buat apa
Enggan terus menyimpan beg mahal itu, Dewi nekad untuk memulangkan semula beg itu kepada Jofliam.
Sebelum ini, Cik Epal meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui barang peribadinya telah digunakan tanpa izin.
Bagaimanapun, Jofliam tampil menjelaskan dengan mengakui dia telah memberi beg tersebut kepada Dewi atas sebab tanda ‘rebel.’
Sumber: Instagram