Apa perasaan korang bila tengok rumah yang disewakan tidak dijaga dengan baik? Bukan sahaja bersepah, lantai rumah dipenuhi sisa makanan yang dibiarkan melekit dan busuk.
Menerusi laman Cakna Besut Terengganu, lelaki ini luah rasa kecewa dengan sikap penyewa yang keterlaluan.
Bukan bersepah tapi rumah sampah
Sakit jantung abang pagi tadi. Lokasi abang rahsiakan demi jaga aib.
Di sebabkan ada kerosakan paip, air dari sistem pembentungan melimpah keluar. So abang terpaksa masuk bilik penyewa ni (dah minta izin). Tapi dia macam berat sikit la nak bagi masuk. Katanya bersepah.
Ni bukan bersepah dah ni tapi ni RUMAH SAMPAH! Sempat la jumpa 2,3 ekor setan dalam bilik ni tadi.
Paling geli panty liners atas lantai
Sedih, sakit hati, kecewa.
Tak tau la apa yang abang rasa sekarang. Semua ada. Ni penyewa yang masih menyewa & sangat teruk tahap PENGOTOR dia. Dan paling sedih dia seorang PEREMPUAN yang luarnya mekap lawa, wangi & bergaya. tapi pada hakikatnya? Please la jangan kawen dengan dia ni.
Ni takde abang nak cover ke apa. Bra spender bersepah. Makan bersepah. Kuah ape ntah tumpah kat lantai. Plug tak tutup. Yang paling geli pantiliners dia buang atas lantai je. Korang tengok la dalam setiap gambar. Boleh bayangkan tak manusia hidup dengan setan macam mana?
Abang cukup-cukup jaga rumah abang supaya tak ada maksiat, supaya tak ada benda tak elok yang berlaku. Adoi lah, nak di rotan kang anak orang. Harap abang ceramah kat wasap dia boleh sedar la ko nok abg hantar suara azan kat voice wasap skali?
Sumber : Tuan Hamba