berita

Tak Tahan Dipaksa Jadi Hamba Sek* Kaum Sejenis, Lelaki Bunuh ‘Housemate’

July 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Tribun News

Seorang lelaki nekad membunuh rakan serumahnya selepas dipaksa melayan nafsu seks sejak setahun lalu.

Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan

Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Syaitan Arah Bunuh Isteri, Makan Otak & Tengkorak Dijadikan Bekas Abu Rokok

Leher mangsa ditikam

Gambar sekadar hiasan

Mayat seorang lelaki bernama Waluyo yang tertutup dengan pakaian ditemui di sebuah rumah sewa di kawasan Pademangan, Jakarta Utara, Indonesia pada Rabu. Mangsa didakwa dibunuh oleh rakan serumahnya iaitu Maulana Azis.

Menurut polis, kejadian berlaku pada 3 Julai lalu menyaksikan suspek menikam leher mangsa menggunakan pisau dan gunting. Setelah mangsa didapati meninggal, suspek melarikan diri ke kampung halamannya.

Motif pelaku adalah membalas dendam yang disakiti mangsa kerana selama kira-kira setahun dia diganggu secara seksual oleh mangsa.

Penemuan mayat mangsa terbongkar apabila penduduk di kawasan perumahan mereka terhidu bau busuk yang datang dari rumah sewa tersebut.

Bagaimanapun pintu rumah sewa itu dikunci dari luar sebelum polis dan penduduk setempat menemui mayat dalam keadaan terlentang.

Difahamkan ketika suspek berhijrah ke Jakarta dia tidak mempunyai keluarga terdekat atau tempat tinggal. Justeru itu, selepas berkenalan bersama mangsa mereka mengambil keputusan untuk tinggal di rumah yang sama.

Berdasarkan pengakuan suspek, sepanjang mereka tinggal bersama dia dipaksa untuk melayan nafsu mangsa yang berusia 51 tahun itu. Tidak tahan dilayan seperti hamba seks, suspek akhirnya nekad membunuh mangsa.

Susulan itu, suspek berusia 20 tahun tersebut berjaya diberkas pihak polis pada Sabtu lalu.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×