berita

‘Di Sebalik Semua Trauma, Kami Masih Berhak Untuk Mendapat Peluang Bahagia’ – Shila Amzah

January 8th, 2024 | by Alia
Kini Trending

shila anak

Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah dan suami Ubai MZ memaklumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Kongsi ‘Bungalow Tour’ – ‘Saya Datang Rumah Ni Selalu Rasa Sedih’

Artikel Berkaitan: ‘Sudahlah Saya Penat, Bersabar Lama Dah’ – Shila Amzah Tak Mahu Terima Alasan Eiza Tinggal Dalam Banglonya

Nikmat rasa bahagia

shila anak

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menjawab soalan pengikutnya yang bertanya tentang anak dan keluarga.

Bagaimana Shila okay untuk mempunyai anak, walaupun berdepan dengan latar belakang keluarga yang toksik?

Menurut pelantun lagu Memori Tercipta ini, tidak salah untuk seseorang mengecap bahagia meskipun pernah mengalami kepahitan hidup pada masa lalu dan perlu mencuba sebaik mungkin untuk tidak mengulanginya.

Saya percaya kita bertanggungjawab untuk menghentikannya. Sejarah tidak akan berulang melainkan kita yang membenarkannya untuk berlaku lagi.

Toksik yang datang dari masa lalu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita tidak mencari kebahagiaan untuk diri kita sendiri.

Di sebalik semua trauma yang kami alami, walaupun ia telah mengubah kami tetapi kami masih berhak untuk mendapat peluang bahagia.

Dan awak perlu beritahu diri awak sendiri, bahawa awak bukanlah mereka.

Terdahulu, kemelut antara adik beradik Shila bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.

Tidak berdiam diri, Shila kemudian mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.

Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Shila bertindak sedemikian kerana wang.

Sumber: Instagram Shila Amzah

SKIP THIS AD ×