berita

[VIDEO] Shila Amzah Kongsi ‘Bungalow Tour’ – ‘Saya Datang Rumah Ni Selalu Rasa Sedih’

December 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

shila banglo

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi keadaan rumah banglonya di Hulu Langat, Selangor yang sedang dibersihkan untuk dijual.

Artikel Berkaitan: ‘Sudahlah Saya Penat, Bersabar Lama Dah’ – Shila Amzah Tak Mahu Terima Alasan Eiza Tinggal Dalam Banglonya

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Mengaku Nak Jual Banglo Didiami Keluarga – ‘Rumah Itu Kusam & Sedih, Saya Mahu Belikan Kondo Baru’

Rumah terlalu besar

shila banglo

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mengakui rumah tersebut menyimpan banyak memori bersama keluarga namun kini ianya perlu dijual.

Rumah ni banyak kenangan, saya dah duduk sini dari tahun 2008. Saya lebih suka rumah yang kecil sebab rumah yang besar ini susah nak jaga dan bila ada ruang masing-masing saya rasa hubungan dengan keluarga pun makin jauh.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun ini berkata alasan untuk memiliki rumah yang lebih kecil adaalah untuk mengeratkan kasih sayang antara keluarga selain lebih mudah untuk dijaga.

Saya rasa lebih baik rumah sederhana sahaja, yang penting kita dapat hubungan kekeluargaan yang erat dan tak payah nak berpaksikan benda-benda dekat sosial media.

Untuk rumah sebesar ini pun bukan satu jaminan untuk buat kita bahagia atau gembira.

Dalam hidup ini mana ada yang bersifat selamanya jadi kita sebagai manusia dan muslim kena fikir yang semua benda sementara, Allah pinjamkan sahaja. Saya datang rumah ni selalu rasa sedih.

Komen netizen

shila banglo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelantun lagu Patah Seribu itu namun ada juga yang menasihatinya untuk tidak menjual rumah tersebut.

Bagaimanapun, Shila dilihat sudah nekad untuk tidak lagi menetap di situ.

Terdahulu, kemelut antara adik beradik Shila bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.

Tidak berdiam diri, Shila kemudian mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.

Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Shila bertindak sedemikian kerana wang.

@shilaamzahofficial

Bungalow tour ?? Sha doakan semua dapat mengecapi bahagia yang kalian ingin kan ?? #bungalow

? nh?c n?n – 1999_1885 – ?

Sumber: TikTok Shila Amzah

SKIP THIS AD ×