berita

‘Sudahlah Saya Penat, Bersabar Lama Dah’ – Shila Amzah Tak Mahu Terima Alasan Eiza Tinggal Dalam Banglonya

November 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

shila eira

Penyanyi, Shila Amzah menegaskan bahawa tahap kesabarannya sudah memuncak apabila seorang individu yang dipercayai teman wanita adiknya, Amir Syafiq iaitu Eiza Idanie dilihat memberi pelbagai alasan untuk tetap tinggal di kediamannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amir Shafiq Didakwa Jaja Kisah Keluarga Demi Pinjam Duit, Shila & Syahir Tak Nak Ambil Tahu – ‘Dia Lelaki Boleh Buat Keputusan Sendiri’

Artikel Berkaitan: ‘Eiza Duduk Sejak Tahun 2021, Bil Api Air Tak Bayar’ – Shila Amzah

Shila mahu rasa dihormati

shafiq hutang

Ketika ditemui OhBulan!, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berkata sebagai pemilik banglo tersebut dia mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja selain menganggap tindakan Eiza tidak beradab.

Secara normalnya, rumah itu rumah siapa? Kena fikir dahulu.

Kalau dia menyatakan hutang itu saya boleh pertimbangkan, tetapi tetap juga saya tak benarkan dia tinggal di rumah itu sebab saya tak ada kaitan apa-apa dengan dia (Eiza).

Saya dah tak mahu ‘famouskan’ orang yang tak perlu. Hari itu saya suruh dia keluar memang patut pun dia keluar. Saya ini sabar dah lama dah.

Saya bukan nak berperanan sebagai tuan rumah, tetapi kena ada hormat. Sebab saya rasa kehormatan diri itu patut ada pada setiap orang.

Shila berkata demikian seusai selesai konsert minggu keempat Famili Duo 3 yang berlangsung malam tadi di Glenmarie, Shah Alam.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini akui sudah letih menghadap konflik yang berpanjangan malah memohon agar keluarganya tidak lagi mendedahkan masalah yang berlaku di media sosial.

Daripada awal lagi saya cakap kepada mereka, ‘sudahlah, saya sudah penat..cukup-cukuplah buat live’. Kalau nak ikutkan kami lagi banyak nak bercerita daripada mereka.

Terdahulu, terdapat dakwaan yang mengatakan Eiza tinggal di rumah tersebut selapas perniagaannya bersama Shafiq mengalami kerugian.

Sementara itu, bapa mereka iaitu Datuk ND Lala juga didakwa pernah menggunakan wang Eiza untuk menyertai perniagaan dan mempelawa wanita itu tinggal di rumah tersebut.

Untuk info, sekitar Oktober lalu Shila telah memberi amaran kepada Eira untuk segera keluar dari banglonya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

FD3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×