Tragedi 11 September 2001, menjadi tarikh hitam yang pasti satu dunia akan ingat. Pada tarikh tersebut, menara kembar Word Trade Centre (WTC), Amerika Syarikat, dilanggar pesawat American Airlines yang dirampas oleh sekumpulan pengganas.
Dalam kejadian tersebut, 2,996 orang terkorban, serta mencederakan 25,000 orang yang lain.
Kronologi kes kapal terbang dirampas
Kejadian 19 tahun lepas, bermula apabila pesawat American Airlines yang berlepas dari Lapangan Terbang Logan, Bostan, untuk menuju ke Los Angeles telah dirampas oleh pengganas bernama Mohammed Atta. Ketika kejadian berlaku, pramugari pesawat tersebut Amy Sweeny dan Betty Ong sempat menghubungi ibu pejabat pesawat itu sebelum kapal terbang tersebut menghentam bangunan pertama. Hentaman yang berlaku secara tidak langsung mengejutkan penduduk New York dan mereka yang bekerja di bangunan tersebut.
Pesawat kedua United Airlines Flight 175 turut dirampas oleh 3 orang pengganas iaitu Marwan, Fayez Banihammad dan Mohand Al-Shehri. Mengikut jadual pesawat jenis United Airlines ini bertolak pada jam 8.14 pagi dan berjaya dirampas pada jam 8.42 pagi oleh ketiga-tiga pengganas tersebut. Kesemua penumpang dalam pesawat tersebut diugut dengan menggunakan senjata api.
Seterusnya, serangan ketiga berlaku apabila pesawat American Airlines Flight 77 yang berlepas dari Lapangan Terbang Dullex, di Fairfax menghempas ke Pentagon. Kali ini, serangan tersebut dilakukan oleh Hani Hanjour yang merampas pesawat tersebut pada pukul 9.03 pagi .
Serangan terakhir melibatkan pesawat United Airlines Flight 93 dari Newark, New Jersey yang dijadualkan menuju ke San Franciso. Namun, pesawat ini juga berjaya dirampas oleh Ohio, Ziad Jaraah, Khalid Sheikh Mohammed dan Ramzi Al Sihbb ketika berada di ruang udara.
Pesawat keempat ini dikatakan akan menghempas ke US Capital atau lebih dikenali sebagai Rumah Putih. Namun, tindakan pantas oleh salah seorang penumpang di dalam pesawat tersebut membuahkan hasil apabila bangkit melawan pengganas tersebut dan menyebabkan pesawat tersebut terhempas di Shanksville, Pennsylvania.
3 rakyat Malaysia terkorban
Foto: AHakimazizan
Dalam kejadian tersebut, diantara 2,996 orang terkorban, 3 orang daripadanya terdiri daripada rakyat Malaysia. Mangsa merupakan Vijayashanker Paramsothy, 23 tahun, Ang Siew Nya, 37 tahun dan Sen Lai Khoo 38 tahun.
Vijayashanker berkhidmat sebagai penganalisa di AON Corporation, manakala Ang Siew berkhidmat sebagai seorang penganalisis teknikal bagi Marsch & Co dan Sen Lai berkhidmat sebagai pengurus kewangan di Fred Alger Management.
Ketika kejadian berlaku, mereka bertiga berada di bangunan yang sama cuma tingkat yang berbeza. Peristiwa yang terjadi ini secara tidak langsung memberi pengalaman yang pahit buat penduduk Amerika Syarikat.
Dianggarkan 23 rakyat Malaysia yang terlibat, 3 maut dan selebihnya hanya cedera. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Angkara pengganas
Foto: ErenaTakeuchi
Pengganas yang terlibat dalam kejadian itu adalah dari organisasi pengganas Al-Qaeda, yang diterajui oleh Osama Laden. Pasukan pengganas ini bersama dengan Taliban yang memerintah Afghanistan sejak tahun 1996, iaitu selepas perang yang berlaku di negara tersebut dan pengunduran Soviet pada tahun 1998.
Bush, pada tanggal 20 September telah mengisytiharkan perang ke atas Taliban kerana melindungi pemimpin Al-Qaeda. Pihak tentera AS juga telah melancarkan Operasi Enduring Freedon dan berhasrat untuk menggulingkan kerajaan Taliban.
Dendam terhadap peristiwa 11 September 2001, dan perang ke atas keganasan ini masih belum menemui titik nokhtahnya walaupun sudah hampir 2 dekad berlaku.
Kerja pembersihan WTC siap pada Mei 2002 dan menelan kos sebanyak AS$750 juta (RM 3.1 bilion) bagi membaik segala kerosakan yang telah berlaku.
Sumber: Sarawak Voice, AHakimazizan &ErenaTakeuchi