berita

Di UK, Tak Perlu Keluarkan Duit Untuk Kekal Cergas. Lelaki Ini Cuma Minum Air Kencing Sendiri

March 6th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kebiasaannya, manusia minum air bertenga untuk kekal aktif sepanjang hari. Namun lain pula dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai pereka hiasan dalaman, dia meminum air kencingnya sendiri sebagai minuman tenaga.

Menurut Metro.Uk, Fabian Farquharson, 37 dia telah mengamalkan minum air kencing sendiri sejak 3 tahun yang lalu. Dia memberitahu bahawa dengan meminum air kencing, dia lebih rasa bertenaga, sihat dan bijak.

Penuh dengan tenaga

Dia mencari perubatan alternatif dan mendapat tahu melalui internet bahawa air kencing dapat membantu meningkatkan tahap kesihatannya.

Saya berfikiran terbuka terhadap apa jua perkara dan saya memutuskan untuk cuba minum secara fresh. Rasanya sedikit pahit namun tidaklah begitu teruk. Tiada masalah untuk saya menghabiskan satu gelas. Setelah minum, saya merasakan sesuatu yang hebat mengalir dalam tubuh badan saya. Saya rasa sungguh bertenaga.

Sekarang, dia tidak akan keluar jika tidak meminum air kegemarannya itu dan akan mensyorkan kepada orang ramai tentang kelebihan khasiat air kencing.

Rasa lebih sihat

Sebelum ini, dia banyak makan makanan ringan dan makanan segera sehingga mendapat sakit perut. Kemudian dia mencari perubatan alternatif di internet sehingga terjumpa tentang kebaikan air kencing.

Saya mula menyingkirkan makanan harian yang biasa saya makan dan hanya makan buah-buahan. Sejak dari amalan itu, saya rasa badan saya makin sihat dan bertenaga berbanding sebelum ini.

Keluarganya tidak menghalang dia meminum air kegemaran dia itu kerana mereka semua sudah tahu dia agak pelik bila dalam perubatan alternatif.

Peram selama 30 hari

Dia berkata bahawa air kencing itu akan diperam lebih kurang 30 hari untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan khasiat yang lebih menakjubkan.

Saya simpan dalam bekas kaca yang telah dilabelkan sehingga 30 hari. Dalam tempoh masa itu, paras alkali dalam air kencing itu akan meningkat dan semua manfaat dalam air kencing itu akan bertambah.

Sumber: Metro.Uk

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×