berita

Relax Je Lembu Ni Suka Makan Biskut, Roti Canai & Kopi O

October 17th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Lembu suka makan biskut, roti canai dan kopi O? Biar betul? Hakikatnya itu lah makanan yang digemari oleh seekor lembu jagaan Abdul Mutalib Chin dari Kampung Batu 14, Pokok Sena, Kedah. Menurut Abdul Mutalib atau lebih dikenali dengan Pakcik Lid, pada waktu siang lembu itu akan memakan rumput seperti biasa tetapi seleranya akan bertukar pada waktu petang.

‘Semua biskut habis dimakannya..’

Menurut pemilik lembu, Abdul Mutalib Chin, 55, lembunya akan ke halaman rumahnya pada setiap petang untuk menikmati hidangan seperti biskut, roti canai dan minum kopi O. Lembu yang dinamakan Tam, berusia 30 bulan mula makan makanan itu lebih setahun lalu apabila dia masuk ke ruang tamu luar seterusnya makan biskut yang terhidang di atas meja.

Ketika itu saya sekeluarga tak perasan Tam sudah masuk ke dalam ruang tamu. Apabila saya tengok semua biskut habis dimakannya. Sejak itulah, setiap petang dia akan datang ke sini dan saya sendiri akan menyuap beberapa jenis biskut dan juga roti canai.

Sebelah pagi, Tam akan makan rumput seperti biasa bersama ibunya di belakang rumah saya. Cuma petang, seleranya akan bertukar.

Selepas selesai makan biskut atau roti canai, Tam akan minum kopi O panas ataupun teh di dalam mangkuk besar,” kata bekas pesara tentera ini.

Tambah Mutalib, dia menyayangi Tam dan melayan seperti anaknya sendiri. Tam juga mempunyai sifat seperti manusia dan gemar bermain dengan kanak-kanak. Lembu itu juga sentiasa prihatin dengan keadaan ibunya.

Kalau saya panggil, dia akan segera datang, malah dia akan berteriak jika ibunya lapar dan terkena terik matahari. Jika saya lambat ke belakang rumah, dia akan datang memanggil saya.

Sifat kasih sayang Tam sungguh luar biasa, saya tidak sanggup untuk menambat Tam dan jauh sekali untuk menyembelih ia untuk kenduri atau jamuan. Walaupun Tam berkulit hitam dan kelihatan bengis tapi dia sebenarnya sangat manja dan kasih sayang antara kami sangat kuat.

Walaupun begitu, Mutalib atau lebih dikenali dengan panggilan Pakcik Lid berkata, lembu seberat 150 kilogram itu agak penakut dengan seekor kucing yang dibelanya. Malah Tam akan lari jika ternampak kucing itu keluar dari rumah.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×