berita

‘Dia Ajar Saya Untuk Jadi Lebih Sopan’ – Siti Khadijah Dedah Sophia Albarakbah Disayangi Ramai, Bukan ‘Kera Sumbang’

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Siti Khadijah dilihat tampil mempertahankan rakan industrinya, Sophia Albarakbah berikutan dakwaan dipulaukan rakan dalam industri hiburan berhubung isu penyondol.

Artikel Berkaitan: ‘Sophia Wanita Lemah Lembut, Mungkin Lelaki Ingat Dia Suka Pada Mereka’ – Shahz Jaszle

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: ‘Mimpi Shila Tidak Ada Kena Mengena Dengan Saya, Hebat Netizen!’ – Sophia Albarakbah

Bukan kera sumbang

Menerusi laporan Harian Metro, Siti menafikan Sophia adalah ‘kera sumbang’. Ujar Siti, pelakon jelita itu sangat disayangi ramai.

Saya tak suka jawab soalan yang mengatakan kawan saya seperti kera sumbang. Di lokasi penggambaran, dia ibarat permata yang berharga. Kami semua sayang dia. Tiada isu dan masalah yang ditimbulkan di set penggambaran.

Tambah Siti, dia tidak akan memulaukan sesiapa dan dia sangat gembira bekerjasama dengan Sophia.

Saya pernah dipulaukan dan saya faham perasaan itu. Saya tidak akan buat benda yang sama terhadap orang lain. Saya gembira drama itu mempertemukan kami. Saya dapat mengenali dia lebih dalam tidak seperti orang lain. Sebagai kawan, saya nak cakap yang dia adalah orang baik, bukan kera sumbang dan dipulaukan.

Bercerita lebih lanjut, Siti mengakui Sophia memberi inspirasi kepadanya sebagai seorang wanita.

Dia mengajak saya buat benda yang baik. Dia mengajar saya untuk jadi lebih sopan. Apabila bersama dia, saya automatik jadi lebih lembut, memahami dan sifat kewanitaan saya lebih terserlah.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Sophia dipulaukan rakan artis lain di set penggambaran. Bagaimanapun, pelakon filem Mimaland itu menafikan dakwaan tersebut dan mengakui kurang bersosial kerana terlalu pendiam.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×