Pelakon Shakilla Khoriri akui terkejut apabila mendapat tahu bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali menamatkan zaman dudanya semalam bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Rezeki Saya Bila Berjumpa Dengan Seseorang Yang Ada Anak Perempuan Juga’ – Fizi Ali
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Tamat Zaman Duda Dengan Rakan Niaga
Terkejut Fizi kahwin
Ketika dihubungi OhBulan!, Shakilla berkata Fizi ada datang berjumpa dengannya sehari sebelum dia bernikah dengan alasan untuk mengambil anak mereka, Ameena dan bawa ke taman tema air.
Bagaimanapun, Shakilla tidak menyangka apabila aktiviti taman tema air bertukar menjadi majlis akad nikah.
Saya terkejut tiba-tiba jadi majlis nikah. Kelmarin malam (Ahad) dia ada datang rumah saya dan kami bersembang panjang fasal anak. Tapi tiada pula dia kata nak bernikah hari Isnin.
Cuma dia kata nak ambil anak dan bawa ke waterpark (taman tema air). Saya tak tahu pula aktiviti pergi waterpark dengan anak tu bertukar jadi majlis nikah dia.
Dalam pada itu, aktres berusia 34 tahun itu berkata, dia tidak ada sebarang isu mahupun masalah sekiranya Fizi berterus terang kepadanya.
Saya tidak tahu nak fikir macam mana dan nak komen apa. Dia sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan, sepatutnya dia berterus terang sahaja dengan saya. Saya tiada isu pun kalau dia nak bernikah.
Bila orang ramai beritahu bapa Ameena bernikah, saya jadi terpinga-pinga nak jawab, sebab tak tahu menahu. Saya pernah tanya bila nak nikah, dia hanya jawab soon sahaja, tapi tidak tahu pula hari Isnin.
Sementara itu, Shakilla berkata dia tiada sebarang ucapan istimewa untuk Fizi dan isterinya, namun hanya mendoakan pasangan itu bahagia.
Saya tiada ucapan apa-apa. Saya pun tidak mahu cakap lebih-lebih sebab nanti orang kata saya tak move on pula. Doakan sahaja yang baik-baik untuk dia dan pasangan. Semoga dia bahagia dan tiada isu lagi.
Semalam, Fizi telah mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan wanita pilihannya yang juga rakan perniagaannya yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.
Pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Gombak.
Untuk rekod, Shakilla dan Fizi pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Namun disahkan bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.