berita

‘Dia Banyak Berkurung Dalam Bilik Kerana Masih Trauma’ – Zarina Zainuddin

October 18th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Ibu kepada kembar Autism, Zarina Zainuddin, 51, menyatakan bahawa anaknya azal masih trauma setelah dia menemui cercaan terhadap dirinya di laman sesawang yang digubah oleh individu yang tidak bermoral.

Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Terkilan Ada Individu ‘Edit’ Anak Gila Dalam Wikipedia, Rakan Artis Saran Saman 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sengaja Ketuk Anak Autisme Guna Senduk, Zarina Zainuddin Menangis Mohon Allah Beri Kesabaran Tinggi 

Azal banyak menyendiri

Menurut laporan Utusan Malaysia, Zarina menyatakan bahawa akibat daripada kejadian sebelum ini, azal mengalami perubahan pada perangainya dan sering mengasingkan diri. Tambahnya, Azal tidak berkelakuan seperti dahulu dan hanya berkurung di dalam bilik.

Azal dah tak ceria macam selalu. Sepanjang masa dia ‘moody’ dan duduk dalam bilik tak mahu diganggu sesiapa. Perkara yang terjadi itu betul-betul menganggu emosi anak saya. Saya juga turut menangis apabila tahu tentang Wikipedia yang diubah oleh individu tersebut.

Walau bagaimanapun, individu yang memuat naik info tersebut telah memadamnya di Wikipedia dan Zarina tidak berniat untuk mengambil apa-apa tindakan. Zarina hanya mengharapkan balasan daripada Allah swt atas kesalahan yang dilakukan si pelaku.

Susulan daripada itu, Zarina menyatakan kerisauan yang bermain di fikirannya tentang bagaimana kebebasan bersuara dapat menyakiti pihak lain. Dia hanya berharap warganet berwaspada apabila hendak menulis atau berkata-kata di media sosial.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.

SKIP THIS AD ×