Umum tahu, pelakon Zarina Zainuddin mempunyai kesabaran yang tinggi dalam mengendalikan dua anak autisme, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai. Sikap penyayang Zarina melayan setiap kerenah dan telatah sangat dikagumi ramai orang kerana tidak semua mampu untuk mengawal.
Tak sengaja ketuk guna senduk
View this post on Instagram
Namun, Zarina berkongsi satu kejadian yang di luar kawalan dirinya. Kata Zarina, pada pagi Selasa dia tidak sengaja menyakiti Razil atau lebih mesra disapa Azil dengan menggunakan senduk.
Jelas pelakon berumur 50 tahun, Azil secara tiba-tiba datang mengamuk ketika dia sedang memasak rendang di dapur.
Selepas saya bagi Azil makan, dia mengamuk.. Semasa itu saya tengah memasak rendang, tiba-tiba dia datang mengamuk, saya tengah berhadapan dengan benda panas tak sengaja terketuk dia dengan senduk.
Saya sensitif sangat, Ya Allah kenapa aku ketuk dia. Saya sendiri terkejut.. Saya terfikir kenapa saya ketuk dia, saya menyesal Ya Allah.
Apa yang buat saya sedih lagi hari ini.. kawan rapat saya meninggal dunia semalam, macam tak percaya dengar khabar itu.
Sabarkanlah aku Ya Allah, kuatkan la aku sebab kalau kita tak sabar yang jadi mangsa anak tak berdosa, (dia) tak tahu cakap, tak tahu apa-apa.. tak tau nak explain nak minta apa.
Dalam perkongsian siaran langsung di Instagram (IG), Zarina menangis dan menyesal dengan tindakan yang dilakukannya kepada anak yang tidak normal seperti remaja lain.
Doa dekat Allah minta kesabaran
Dalam pada itu, pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, mengingatkan kepada ibu bapa yang turut sama mempunyai anak autisme agar sentiasa bersabar dan kuat dalam membesarkan anak istimewa.
Ibu ayah yang ada anak macam ni memang kena banyak sabar, sabar, selalulah berdoa dekat Allah kuatkan kita.. bagi kesabaran yang tinggi sebab kita menguruskan anak begini bukan senang. Kalau kita silap, kita berdosa sebab dia orang tak tahu apa-apa.
Biarlah kalau dia nak buat saya tak apa, saya bagi kepala saya, ketuklah buat lah apa-apa.. sebab dia selalu pukul diri dia, saya tak sanggup tengok.
Sumber: Instagram @zarinazainuddin_