Dunia hiburan Malaysia hari ini digemparkan dengan satu berita sedih apabila seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Matahari’ meninggal dunia sebentar tadi. Difahamkan, arwah menghidap penyakit kanser berbulan-bulan lamanya. Alfatihah.
Meninggal dunia
Innalillahiwainnailaihirojiun… Dukacita diumumkan rakan artis yang cukup ceria dan disenangi semua, Myanaliza binti Ruslee atau dikenali sebagai Maya Matahari dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser yang dihidapi sejak sekian lama. Sama-samalah kita sedekahkan surah Al Fatihah dan mendoakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solehin.
Dimaklumkan sebentar tadi oleh Hafiz Jamal bahawa penyanyi Maya Matahari atau lebih dikenali sebagai Myanaliza binti Ruslee meninggal dunia akibat kanser.
Meninggal sakit kanser
Lama dia menderita. Ketika kanser menyerang batang tubuhnya yang kerdil kami tidak lagi dapat berjumpa dan dia banyak memilih mendiamkan diri sambil diam-diam membuat rawatan. Jauh kembaranya mencari keafiatan, hingga ke negara China, sampai berbulan-bulan lamanya.
Sebentar tadi, baru beberapa minit, khabar duka. Penyanyi Maya Matahari sudah pergi meninggalkan kita. Al fatihah. Damailah kau di alam sana adikku yang baik. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jenazahmu buat kali akhir. Al fatihah.
Menerusi pemilik facebook Tengku Khalidah, dia memaklumkan bahawa Maya telah meninggal dunia sebentar tadi akibat sakit kanser. Arwah merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia yang dilahirkan pada 13 Mei 1976 di Johor Bahru, Johor. Beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul “Matahari” dengan lagu popular yang bertajuk sama.
Selepas lama menyepi, pada 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru “Perlu Ada Setia” dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima. Siapa sangka rupanya arwah menghidap kanser berbulan-bulan lamanya tanpa diketahui umum. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sumber : Tengku Khalidah Tengku Bidin