Anak kepada ahli perniagaan terkenal Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim mendakwa wang berjumlah RM1.3 Juta milik arwah ibunya dibawa keluar dari rumahnya menggunakan beg bagasi.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Makan Harta Bukan Hak Kita, Jika Tidak Ia Menjerat Diri’ – Anak Arwah Pengasas Dnars

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Orang Tak Puas Hati Dengan Perniagaan’ – Anak Arwah Pengasas Dnars Dakwa Disihir Selepas Kematian Ibu

‘Ini adalah penantian selama bertahun-tahun’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Irdina bersyukur kerana penantian keluarganya berakhir selepas bertahun-tahun menuntut hak mereka.

Ini adalah penantian selama bertahun-tahun walaupun masa berlalu tapi Tuhan tak pernah tidur. 

Apa yang ditakdirkan milik kita tetap untuk kita walau macam mana pun orang ambil. Apa yang bukan milik atau takdir kita, itulah yang kita kena reda.

Mengimbas semula insiden lalu, Irdina mendakwa wang tersebut pernah dikeluarkan dari rumah keluarganya dalam sebuah bagasi.

Dikeluarkan dari rumah dalam satu luggage depan mata kami sekeluarga sebelum dia keluar rumah, dan itu jumlah yang dia cakap dia kira. 

Jika lebih, maka Wallahuallam, tanggunglah sendiri.

Irdina menjawab demikian susulan pertanyaan netizen bagaimana dia mengetahui jumlah wang yang didakwa diambil oleh bapa tirinya itu.

Susulan daripada apa yang berlaku, Irdina turut berpesan kepada orang ramai agar menjaga amanah dan jangan sesekali mengambil sesuatu yang bukan hak sendiri.

Kalau bukan harta kita, jangan makan. Kalau bukan hak kita, jangan ambil. Kalau tak, akan menjerat diri sendiri.

Diarah bayar semula RM1.3 Juta

@dnarfaziani4

1.3juta .. Al-Fatihah Faziani Rohban. Semoga apa yg dnar kongsikan dalam live dnar jam 11 pagi esok untuk supporters arwah mami #dnarsskincare diberkati Allah SWT untuk prosess sterusnya Amiinn Yaa Rabb.

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Terdahulu, Harian Metro melaporkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal, 48, diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mendepositkan semula wang tunai milik arwah isteri ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka wanita itu.

Akaun pentadbir bersama turut dimiliki oleh anak sulung arwah Faziani, iaitu Aqbar Hakim Jasman, 25, dan wang tersebut perlu dimasukkan dalam tempoh 30 hari.

Difahamkan Ahmad Shah Rizal pernah memfailkan tuntutan harta sepencarian dan salah satunya adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada di dalam peti besi sebelum diambil olehnya.

Imbas kembali, Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.

Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.

Sumber: TikTok