berita

‘Dia Beritahu Akan Balik Cuti Sekolah Nanti, Tapi Dia ‘Balik’ Sungguh’ – Kakak Pemandu e-Hailing

August 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kakak Pemandu e-Hailing Mangsa Nahas Pesawat Ringan

Kakak kepada pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, yang merupakan salah seorang mangsa nahas tragedi pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, memaklumkan bahawa dia hanya mengetahui mengenai kemalangan tersebut melalui seorang rakan kepada adiknya pada malam Khamis.

Artikel Berkaitan: ‘Baru Sayang Tahu Abang Ganas’ – Pemandu e-Hailing Sempat Gurau Dengan Isteri Sejam Sebelum Maut

Rahsiakan dari ibu

Kakak Pemandu e-Hailing Mangsa Nahas Pesawat Ringan

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, walau bagaimanapun, kakak mangsa yang dikenali sebagai Ramlah Shari, 56, berkata, dia terpaksa merahsiakan berita tersebut daripada ibu mereka kerana risau akan kesihatan wanita itu yang menghidap penyakit jantung.

Apabila mengetahui berita itu, kami tidak terus memaklumkan kepada ibu, Hatun Bakar, 81, kerana dia menghidap penyakit jantung.

Sebaik tiba di Klang dari Arau, Perlis, kira-kira jam 2 petang tadi, baru kami maklumkan kepadanya, ibu amat sedih sekali kerana amat rindukan dia.

Tambah Ramlah lagi, Sharipuddin yang merupakan pesara tentera itu sudah hampir setahun menetap di Sepang bersama isteri dan dua anaknya yang berusia 16 dan lapan tahun.

Kali terakhir saya bertemu Aidilfitri lalu apabila dia balik ke kampung di Kampung Rani Estet selama seminggu.

Dua minggu sebelum kejadian, saya ada menghubungi dia bertanyakan bila nak balik kampung kerana ibu sangat rindukannya.

Dia beritahu akan balik nanti, mungkin cuti sekolah ini. Tapi tak sempat nak balik, dia dah balik sungguh (meninggal).

Terdahulu, sebuah pesawat ringan yang membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie pada petang Khamis.

Nahas tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam termasuklah Sharipuddin yang merupakan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Kesemua mayat serta cebisan yang dijumpai itu telah pun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×