Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina petang ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina
Artikel Berkaitan: EXCO Pahang Antara 10 Terkorban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina
Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi
Saya sedih kehilangan ini
Kematian Johari dikongsi oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, menerusi ciapan di Twitter sambil berkongsi gambar kenangan dalam mesyuarat bersama Allahyarham.
Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila membabitkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato’ Sri Johari Harun, Exco Pahang yang juga Adun Pelangai di bawah Parlimen Bentong.
Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lalu, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak.
Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang tadi, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.
Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat. Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan.
Hussein berkata pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.
Sumber: Twitter